pengikut

Lidah dan Mulut

Assalamualaikum w.b.t

Selasa, 30 September 2014


Baru ni time duk scroll TL Twitter, aku nampak satu twit pic kat 9gag.com. Twit tu best gila bagi aku sebab ada mesej yang tersendiri tapi mesej tu, aku da pernah dengaq dalam rancangan Fattabiouni sebelum ni kat TV Al-Hijrah pukul 8pagi cuma dalam versi Sirah Nabi Muhammad S.A.W. Jadi untuk entry ni, insyaallah aku kongsi mesej tu.

>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<

Pada suatu hari, sedang Rasulullah S.A.W berjalan di suatu kawasan. Baginda terpandang kepada suatu lubang yang kecil. Kemudian, Baginda terkejut kerana melihat ada sesuatu yang besar sedang cuba hendak keluar dari lubang yang kecil tu.

Baginda memerhatikan peristiwa itu dengan penuh persoalan. Tidak lama kemudian, dari lubang tu terkeluar la sekoq lembu jantan yang sangat besar. Lembu itu kemudiannya merayau-rayau sebentar sebelum cuba hendak masuk kembali ke dalam lubang tersebut namun percubaan lembu tersebut tidak berjaya.

Lantas
Nabi Muhammad S.A.W bertanya kepada Jibrail A.S,

' Wahai Jibrail, apa yang kita sedang perhatikan? '

Jibrail A.S menjawab, 

' Wahai Muhammad Utusan Allah, lubang itu diibaratkan seperti mulut manakala lembu itu diibaratkan kepada kata-kata yang keluar dari mulut. Mulut itu sangat kecil namun kata-kata itu sangat besar sehingga jika kita hendak tarik balik kata-kata yang telah keluar dari mulut kita, mustahil untuk kita menariknya kembali kerana ianya telah tersebar '

- Sirah Nabi S.A.W -


Pernah tak terlintas di hati atau minda kita, kesan dari kata-kata kita mungkin membuat seseorang tu terluka untuk satu jangka masa yang lama? atau kita cuma cakap dan cakap dan cakap sampai orang tu teriak, baru kita berhenti sebab baru terlintas dalam fikiran kita, 'mungkin' dia teriak sebab terasa?

' Hurting someone's heart can be as easy as throwing a stone in the sea.
but
Do you have any idea how deep that stone can go? '

- Anonymous -

Bagi aku tak salah untuk jadi seorang yang talkative tapi sebelum kita mulakan suatu bicara, fikir dulu apakah kata-kata kita membawa manfaat atau cuma mengundang dosa?

' Dari duk cakap bagi sakit hati orang, lebih baik diam. Zikir ka, selawat ka, dapat gak pahala dari bukak mulut, dapat dosa '

- Cikgu Azizan; Ayah -

Mari kita sama-sama muhasabah balik diri dan sama-sama ubah diri kita ke arah menjadi MUSLIM yang lebih baik insyaallah.


Sumber : 9gag.com 
R.I.N.D.U
M.A.K & A.Y.A.H

- sekian, wassalam -

El-Darb Al-Ahmar, Cairo,
Egypt

2 comments: