pengikut

Madrasah Zubaidiyyah; Dalam Kenangan

Assalamualaikum w.b.t

Selasa, 5 Ogos 2013

adalah hari last aku bergelar USTAZ d Madrasah Zubaidiyah, Merbok. Madrasah Zubaidiyah ni orang kot situ panggil nama lain, kita ni ja panggil Zubaidiyyah. 
 Orang lama-lama panggil Pusat Pengajian Islam Merbok. Haa, panjang kan?

from : Busyra dan Wahida (Tahun 4)
pic by : Marzuq Azizan
Aku mengajaq situ sat ja, cukup-cukup 3minggu. Mula keja 16 Julai 2013, tamat perkhidmatan 5 Ogos 2013. Ala, guru ganti ja pun. Padan la sat ja keja situ.

from : Nur Sakinah (Tahun 4)
pic by : Marzuq Azizan
Keja di Zubaidiyyah ni, syok sebab dekat ja dengan umah aku. Lebih kurang 10minit camtu sampai la sekolah. Dekat ja, kentut pun ley dengaq orang tua-tua kata. Nak habaq kata dekat ja sekolah dengan umah. Lagipun aku ada 2orang adik kat situ, sorang darjah 1, sorang lagi darjah 5.

Aku anggap keja di Zubaidiyah ni satu Rahmat dari Allah s.w.t di bulan Ramadhan yang Mulia sebab aku balik Malaysia, bulan 5 aqi tu lagi dan sejak dari tu lagi aku duk caqi keja merata. Kuantan, Taiping, Perlis, Loqstaq, Selangor, aku roger abes suma takdak keja kosong. Time mula Ramadhan, aku da fed-up caqi keja. Aku anggap takdak rezeki la taun ni untuk aku caqi duit poket tapi 15 Julai aqi tu, aku dipanggil untuk jadi guru ganti di Zubaidiyah. Haa, tu la yang dipanggil Rahmat di Bulan Ramadhan.

Ramadhan;

10 Pertama 

- RAHMAT - 

10 Kedua 
- KEAMPUNAN -

10 Terakhir 
- PELEPASAN DARI API NERAKA -


Ayah aku ni cerewet sikit sebenarnya, dia tak bagi aku keja di pump-station, kilang suma ni. Dia nak aku manfaatkan pengalaman dan ilmu yang aku ada. Tu yang dia soh aku jadi Ustaz atau Cikgu kat mana-mana.

from : Ilham (Tahun 4)
pic by : Marzuq Azizan

Di sekolah tu, aku mengajaq banyak kelas. Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6. Lepas tu Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 5.

from : Tahun 6
pic by : Marzuq Azizan
Haa, banyak gila kan? Da la banyak kelas, lepas tu banyak subjek lak aku ajaq.
 Kalau ada Anugerah Guru Serba Boleh mesti dapat kat aku ni.

from : Nurul Nazifa (Ting. 1 Imtiyaz)
pic by : Marzuq Azizan

Walaupun sat, aku dapat satu pengalaman baru. Kalau sebelum ni, aku ajaq sekolah menengah ja tapi kat sini aku mengajaq sekolah rendah sekali. Kali pertama masuk kelas sekolah rendah, aku kekok sangat sebab aku ni kasaq, garang. Takot silap hari bulan, pakat terbang abes budak-budak tu tapi alhamdulillah, kejadian yang tak di ingini tak berlaku pun. Syukur padamu Ya Allah!

from : Tahun 4
pic by : Marzuq Azizan

Sorang ustaz di Muassasah Darul Ulum pernah habaq;

'sorang guru takkan marah kalau anak murid dia lebih pandai dari dia, lebih alim dari dia bahkan guru tu akan sanjung dan berbangga sebab pernah bergelar guru kepada insan tersebut tapi tinggi mana sekalipun kita belajaq, jangan lupa guru. Jaga keberkatan ilmu tu, dengan jaga kehormatan kat guru'

- Ustaz Abdullah Haji Ramli - 
Mudir Sekolah Menengah Islam Darul Ulum


from : Busyra dan Wahida (Tahun 4)
pic by : Marzuq Azizan
Jadi pesanan terakhir aku sebagai Ustaz di Madrasah Zubaidiyah, ingat pesan guru, hormat guru dan jaga keberkatan ilmu tu dan last sekali terima kasih kat sapa yang bagi kad raya tu.

Ilmu berkat, 
Bahagia dunia akhirat. 
Insyaallah

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR BATIN

Dalam Kenangan :

Madrasah Zubaidiyah
- 16 Julai 2013 to 5 Ogos 2013 -