pengikut

All About Egypt : Tokmiyah

Assalamualaikum w.b.t

Isnin, 27 Oktober 2014

All About Egypt ni kira cam slot khas la bagi blog aku. Apa saja yang berkaitan dengan Mesir, aku akan cuba masuk dalam slot All About Egypt ni. Dalam entry first dalam slot All About Egypt ni, aku akan cerita pasai Tokmiyah.

>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<

Tokmiyah ni sebenarnya sejenis makanan Arab Mesir. Kat negara Arab lain aku taktau la ada ka tak tapi yang aku nak cerita ni, kat Mesir. Tokmiyah ni kira makanan ruji depa gak la. Kat cerok mana pun, mesti ada punya gerai tokmiyah ni. Macam di Malaysia, kita ada gerai nasik lemak, roti canai semua kan? Kat sini lak, ada gerai tokmiyah.

gerai tokmiyah
sumber : google images
Tokmiyah ni, bahan asas dia Falafel (jama' kepada ful) lepas tu dia letak dalam Aisy (roti Arab). Lepas tu kita ley add-on benda apa yang kita nak. Macam-macam benda yang kita ley add-on dalam aisy tu. Tokmiyah ni, dia adik-beradik Subway gak la, kita ley add-on macam-macam cuma Subway ni abang, Tokmiyah ni lak adik.

Aisy ni, dia ada dua jenis.
Jenis pertama, orang panggil Aisy Balady. Jenis Kedua, Aisy Syami.

Aisy Balady ni, besaq dan kasaq. Dia lak sedap makan time panas-panas ja sebab time tu ja la roti tu lembut, sedap nak makan. Kalu da keras tu, kita baling kat anjing pun, boleh cedera parah tau. Kalu nak makan tokmiyah, aku syorkan makan dengan Aisy Balady la sebab dia besaq. So puas gak la, ley add-on banyak sikit bahan dalam tu.

Aisy Balady
sumber : google images
Aisy Syami ni, kecik dan lembut. Dia panas ka, sejuk ka sedap ja makan. Kalu dia sejuk pun, kita ley makan lagi. Cicah dengan sambal ayam ka, gulai daging ka sambil pekena syaii lak, dengaq lagu Arab, lentok kepala sikit layan lagu. Allah, nikmatnya dunia tapi kalu aisy ni nak makan dengan tokmiyah, tak best sangat sebab dia kecik. Nak add-on barang dalam pun, sikit ja la yang boleh pun.

Falafel
sumber : google images
Ada setengah orang, tak lalu nak makan tokmiyah ni. Taktau la pasepa tapi bagi aku, sedap dan murah tokmiyah ni. Rugi sapa yang tak makan tapi senior aku ada duk pesan, jangan makan banyak sangat sebab tak elok. Taktau la tak elok kat mana tapi sebagai langkah berjaga-jaga, aku terpaksa kurangkan makan tokmiyah ni. Tidak tu, tiap pagi pi caqi da tokmiyah ni tapi la ni jarang da.

Tokmiyah + Sawabek + Bazinjan
Sapa-sapa yang nak mai berjalan Mesir ka, takpun yang baru mai study kat Mesir ni. Cuba try makan tokmiyah, mesti akan teringat punya benda ni bila balik Malaysia.

Jumpa lagi lepas ni dalam slot, All About Egypt di marzuq-azizan.blogspot.com.

R.I.N.D.U
M.A.K & A.Y.A.H

- sekian, wassalam -

Al-Azhar Mosque, Cairo,
Egypt

Mintak Maaf

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu, 25 Oktober 2014

Sebenarnya aku takdak idea nak menulis ni tapi tadi time tengah scroll pic kat dalam handset, nampak satu pic ni. Time tu la idea celapak tergolek-golek mai kat aku, so baru la aku buat entry Mintak Maaf ni time pagi Tahun Baru Hijrah.

>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<

Hari ni Tahun Baru Hijrah, kita da masuk 1436H da pun. Masing-masing makin bertambah setahun umoq, termasuk la aku. Bila sebut sai Awal Muharram ni, kat fb, twitter, whatsapp, wechat dan geng-geng dia mesti ada mesej-mesej,

"Bila tiba Awal Muharram ni, buku amalan diangkat ke langit dan ditukar dengan buku amalan baru. Jadi kesempatan ni, saya nak mintak maaf andai ada salah silap sepanjang setahun ni. Halal makan minum, andai ada terkasar bahasa mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki"

Aku tak tau la sai buku amalan diangkat dan ditukar baru tu mai dari mana tapi aku cuma pelik, awat bila ada peristiwa apa-apa baru kita nak mintak maaf?

' Kalu ada salah dengan orang, pi mintak maaf teruih. Tak payah duk tunggu Raya baru nak mintak maaf. Kita taktau bila orang tu nak mati, buatnya orang tu mati awai dari kita, dia lak takdan nak maafkan kita. Cena? Nak ka hadap dia depan Allah nanti? '

- Puan Yati; Mak -

Bila aku dengaq ayat ni, sentap gak aku pun sebab bagi aku da jadi macam satu trend lak mintak maaf time Hari Raya ja, tak pun time awal Muharram ja, tak pun time orang tu nazak nak mati. 

Sumber : twitter

Cuba kita ubah mindset kita, bila ada salah dengan orang ja. Teruih pi mintak maaf, tak payah nak tunggu malam raya baru kita mesej suma orang mintak maaf. Walaupun benda tu tak salah tapi kita sama-sama cuba cara baru. Ada salah, teruih mintak maaf sebab kalu simpan lama-lama nanti dia terasa lebih ka, kita taktau benda tu sebab berkait dengan hati. Hati orang lain-lain kan? Da la Raya 2 kali ja setahun, tu pun jarak jauh-jauh. Takdan nanti, naya kita.

Mungkin bagi kita sikit ja apa yang kita cakap atau apa yang kita buat kat orang tu tapi orang yang menerima percakapan or tindakan kita mungkin rasa banyak, kita tak tau kan? Sama-sama kita cuba dan sama-sama kita ubah.

Bila nak abes entry ni, baru pasan entry ni da macam sambungan entry LIDAH dan MULUT la plak, jadi bagi sapa yang tak baca lagi, ley KLIK SINI untuk baca.

Tahun Baru Hijrah kan? Jadi sama-sama kita amek peluang ni, muhasabah diri kita balik dan sama-sama berhijrah dari benda yang tak elok ke benda yang lebih elok.

S.A.L.A.M
M.A.A.L H.I.J.R.A.H
1436 H

- sekian, wassalam -

El-Darb Al-Ahmar, Cairo,
Egypt