pengikut

Perumpamaan Orang Berilmu

Assalamualaikum w.b.t

Isnin, 4 November 2013

Tadi time aku kuaq pi beli Tokmiyyah, tetiba nampak ada satu poster lekat kat dinding kedai runcit sebelah tu. Arab ni pesyen, lekat poster ja benda-benda ilmiah ni. Secara tak langsung, kita pun terbaca sekali. Bagus kan?

العلم بلا عملٍ كالشجرة بلا ثمر
' Ilmu yang tak diamalkan, seperti pohon yang tidak berbuah '

- ayat di poster -

Pernah tak pikiaq pasaipa pokok dan bukannya benda lain? Aku pernah gak terpikiaq dan akhirnya bertemu gak jawapan tapi ni jawapan versi aku la. Mungkin versi orang lain beza sikit dari aku.

>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<

Cuba kita tengok anak pokok. Anak pokok dari kecik lagi kita jaga dia, siram dan baja dia elok-elok kan? Dari kecik kita jaga dia sebab bila dia besaq nanti baru ley kutip hasil dia. Baru berbaloi pengorbanan kita habiskan duit banyak-banyak kat pokok tu, nanti ley dapat gak hasil dari pengorbanan kita.

Jadi apa kaitan dia dengan manusia?

Dari kecik, mak ayah kita sanggup berhabes duit untuk bagi kita pendidikan yang terbaik supaya kita menjadi yang terbaik dari berbagai aspek. Tak kisah la aspek apa pun dengan harapan, anak depa dapat berbakti kepada masyarakat. Tambah-tambah yang duk sekolah swasta tu, lagi la banyak duit kena pakai.

'Setiap bayi yang lahir itu adalah fitrah maka terpulanglah pada ibu-bapanya membentuk dia samada menjadi Yahudi atau Nasrani'

- Hadis Nabi S.A.W -

Cuba kalu pokok yang kita jaga dari dia kecik, sampai ke besaq tapi bila kita nak ambik buah dia, takdak pun buah. Apa perasaan kita? Marah, sedih, geram? Mesti semua ada dalam diri kita time tu. Tambah-tambah pokok yang tempoh berbuah dia lama. Lagi la kita rasa geram, marah kan?

Sama la jugak dengan diri kita. Dari kecik sampai la ke besaq mak ayah kita tunggu kita untuk berbakti kepada masyarakat tapi akhirnya tak berguna pun sebab ilmu yang ada dalam diri kita, tak terguna pun pada diri kita dan akhirnya jadilah kita macam pokok yang tak berbuah.

' Jadilah kamu seperti pokok, makin besar dirinya makin buahnya menunduk ke bumi '

- Hukama' -

Hukama' salu menggunakan perumpamaan macam ni sebab buah tu seolah-olah menggambarkan ilmu yang kita pelajari. Ranting pokok pulak menggambarkan cabang ilmu yang kita pelajari. Tak kira dalam cabang ilmu yang mana sekalipun, termasuk sekali dalam perumpamaan ni.

Pokok; semakin besaq pokok makin banyaklah buah dan makin ramai yang kenyang dengan buah yang dihasilkan.

Manusia; semakin banyak ilmu yang kita ada dan makin ramai yang 'kenyang' dengan isi ilmu yang kita sampaikan.

Jadi kita nak masuk dalam golongan yang mana? pohon berbuah atau pohon yang tak berbuah?
Muahasabah balik diri kita, pikir pengorbanan mak dan ayah kita.

R.I.N.D.U
M.A.K & A.Y.A.H

- sekian, wassalam -

El-Darb Al-Ahmar, Cairo,
Egypt

Persediaan ke Mesir

Assalamualaikum w.b.t

Ahad, 27 Oktober 2013

Insyaallah malam ni aku nak kongsi sikit la persiapan sebelum nak mai Mesir ni tapi boleh ja lau nak guna untuk pi negara lain pun. Da aku study di Mesir, aku tulis Mesir la. Benda ni cuma persediaan awal dari segi makanan ja. Kalau rasa nak tambah, boleh ja tambah. Ikut diri masing-masing.

1. Ikan Bilis

sumber : google
Ikan Bilis ni penting. Takdak Ikan Bilis payah gak sebab sesak-sesak hujung bulan, boleh ja makan nasik + kicap + ikan bilis. Benda ni bawak la dalam 1kg sorang pun da ok tapi pakat-pakat la dengan housemate, baru boleh dapat banyak bekalan ikan bilis ni. Lagi banyak, lagi bagus sebab benda ni tahan lama.

2. Kicap

sumber : google
Kicap ni benda paling penting dalam benda-benda yang lain. Takdak kicap, jenuh gak la sebab kat sini takdak jual kicap. Kalau ada pun, pelajar Nusantara (Indon, Melayu, Cina, Thailand) ja yang juai tapi mahai sikit la dari harga di Malaysia. Ready la dalam 2botol ka sorang, terpulang la. Pakat-pakat dengan ahli rumah yang lain sama. Baru ada bekalan kicap yang mencukupi untuk 8bulan kat sini.

3. Bihun

sumber : google
Kat sini takdak Bihun, yang ada cuma Spagethi ja. Spagethi apa yang ang nak, suma ada kot sini. Bekalan spagethi jangan risau tapi bekalan bihun kena risau sebab takdak bihun, kelupoq la ampa takley nak makan bihun sup. Yang ni bawak banyak takpa sebab tempoh expired dia panjang. Dalam 5 bungkus sorang pun ok dah.

4. Sup Bunjut, Pes Masakan

sumber : google
Sup Bunjut ni berguna gak time raya Qurban kot sini. Ley la nak buat sup daging ka apa ka. Beli la dalam 1papan tu, lepas tu Pes masakan tu, 1papan gak setiap jenis. Pes tomyam, nasi goreng, sup sayur dan lain-lain. Jangan lupa perencah Kurma Ayam Daging, Kari Ikan, Gulai Ayam Daging semua tu, bawak la dalam 1kotak atau 1dozen. Terpulang la sebab kat sini takdak jadi benda ni penting gak la sebab nanti nak masak takdak bahan lak.

5. Daun-daun

sumber: google
Daun-daun ni, daun-daun yang orang duk pakai dalam masakan tu. Macam daun kari, daun kunyit, daun pandan, limau purut dan daun-daun yang lain. Sini takdak rasanya tapi hari tu nampak la gak daun limau purut d Souq tu, daun-daun yang lain wallahua'lam. Apapun, beli pi la sebagai persediaan nanti nak masak tomyam ka, kari ka, apa ka. Bila beli ja benda ni, bagi kering dulu takot rosak lak daun-daun ni nanti. Da kering, simpan dalam plastik, sealed elok-elok. Nanti da sampai Mesir, bawak kuaq simpan terus dalam peti ais.

6. Ikan Kering

sumber : google
Haa, benda ni bagi aku benda paling penting. Takdak ni, susah gak sebab di Mesir ni ikan kering depa pelik sikit. Nak habaq macam mana pun taktau tapi memang pelik la. Dengan bau dia Ya Rabbi, tak tergambar dengan kata-kata. Ikan kering bawak la Ikan Tamban ka Ikan Talang ka Ikan Gelama ka, terpulang la tapi kalau aku pakat dengan housemate, ley dapat macam-macam jenis sikit ikan kering ni.

7. Sos-Sos

sumber : google
Orang Arab mesir ni, depa tak makan pedas. Satgi kalau makanan tu pedas sangat, mula muka naik merah habis. Sebab tu payah nak jumpa sos cili di Supermarket Arab ni, yang banyak sos tomato ja. Sos ni bawak la Sos Tiram, Sos Mee, Sos Cili, lepas tu sos-sos yang rasa ada juai d Malaysia tu, bawak mai. Kuantiti tu, bawak la dalam 2botol setiap jenis.

8. Belacan

sumber : google
Belacan ni penting gila. Benda ni takdak, susah gak sebab bukannya nak ada kot sini. Bawak banyak pun takpa, tak rugi sebab boleh simpan dalam peti ais. Tak Melayu la kalau tak makan sambal belacan. Jadi, jangan lupa belacan.

9. Milo, Horlicks

sumber : google
Milo, Horlicks kat sini takdak. Air koko ada la tapi tu pun tak sedap sangat. Beli la yang pek besaq ataupun Milo 3in1 tu. Takdak benda ni, merana gak la. Tengah malam bangun study takdak Milo, payah gak nak sengkang mata. Tu bagi aku la sebab aku tak minum kopi, Milo pun da cukup untuk sengkang mata ni jaga tengah malam untuk study.

10. Sirap, Oren, Sarsi

sumber : google
Sirap dengan Sarsi takdak kat sini tapi Oren ada cuma oren kat sini tak semacam dengan Oren Sunquick di Malaysia tu. Sini serbuk oren, bancuh dengan air gula ja. Rasa pun tak berapa sedap sangat. Kalau rasa nak bawak, bawak la dalam sebotol besaq tu ka tapi sealed elok-elok la. Benda tu kaca, bahaya gak sebab takot pecah. Pecah tu, naya la. Oren tak dapat, baju habis kotor. Sarsi, Sirap dalam botol plastik ja jadi bawak banyak sikit pun takpa.

-TAMAT-

Benda-benda ni semua, seeloknya letak dalam satu beg kecik untuk letak atas cabin. Kira hand-luggage la benda-benda ni semua. Bukan apa sebab takot letak cargo, pecah ka, bocor ka nanti habis baju, barang-barang lain dalam beg tu.

sumber : google
Pekerja cargo ni mana ada nak heran da sebab bukan beg kita ja dia handle. Banyak lagi beg depa handle jadi berhati-hati la. Benda liquid atau benda yang berbau tu macam belacan tu kita sealed elok-elok lepas tu letak dalam plastik. Takda la nak berbau cabin tu nanti. Buat double check-list, takot ada barang tertinggal ka apa ka. Jadi takdak la nak kalut bila nak check-in bag tu.

- sekian, wassalam -

El-Darb Al-Ahmar, Cairo,
Egypt

Kahwin Muda ka Kahwin Tua?

Assalamualaikum w.b.t

Khamis, 24 Oktober 2013

Aish, Marzuq ni tak abes-abes cakap pasai kawen. kat twitter tuit sai kawen, wechat pun sai kawen, facebook sai kawen, ni kat blog pun pasai kawen gak? Marzuq nak kawen lettuuee.

Sapa takmau kawen woi? Ulama' kata, kawen ni nikmat dalam dunia paling best. Haa, tak payah duk pikiaq bukan-bukan lak nikmat apa. Lepas kawen ampa rasa la sendiqi. Aku nak habaq pun taktau sebab aku tak kawen lagi tapi lau aku da kawen sekalipun, aku tak habaq rasanya. Loklaq, ee!!!

Dalam entry Marzuq, bila nak kawen? aku ada cerita waktu mula aku sampai Malaysia lepas 7bulan di perantaun, soalan pertama terpa mai kat telinga sai kawen la. Time aku bercuti pun, ramai orang duk tanya aku pasai kawen. Siap ada yang soh kawen cepat sebab aku nampak cam bapak orang da haa.

Amboi, aku muda lagi la pakcik. Badan bergetah lagi orang kata. Muka pun tegang lagi ni. Tak nampak lagi la tanda-tanda penuaan di wajah aku. Kulit pun halus mulus gebu lagi. Haa, punya nak habaq kata muda lagi.

bukti kata muda lagi
Time cuti hari tu, aku selalu spend masa dengan mak dengan ayah aku. Da aku ada kat rumah, aku jadi drebar tak bertauliah gak la untuk depa. Takpa, khidmat kat mak ayah kita, bila lagi naik buat kan? Da la balik rumah pun setahun sekali ja. Tu pun abes kuat 3bulan, lepas tu berjauhan lak. Nanti bila da ada anak bini takot takdak masa lak, kalut dengan keja la, anak la, macam-macam lagi la.

drebar berhemah bersama kereta kesayangan
Ayah aku salu gak cakap sai kawen ni. Sampai kadang-kadang tu aku jadi malu gak la. Bukan sebab apa tapi sebab aku muda lagi, matang pun tak lagi kot. Pangai budak-budak tu kira banyak lagi la ada dalam diri aku ni. Cakap sai kawen lak, jadi merah padam muka aku.

'ayah kalau boleh nak abang kawen sebelum ayah pencen. bila da pencen, takdak la sunyi sangat rumah nanti. Ley la ayah main dengan cucu ayah nanti'

Lepas tu lak, mak aku pun duk cakap benda yang sama gak tapi mak aku takla direct sangat cam ayah aku ni. Ayah aku ni straight to the point ja, xdak nak cover-cover da ayat tu.

Mak aku habaq, ada anak membe dia kawen da. Baru umoq 22 ja, laki dia tu taktau la umoq berapa tapi muda gak la. Kawan mak aku tu sama umoq ja dengan mak aku, aku pun angguk ja la sebab tengah bawak keta kan time tu. Depa kawen time tengah belajaq lagi. Sweet kan?

Lepas tu mak aku habaq, dia seronok kalau ada budak kat rumah. Takla sunyi sangat sebab kami suma da pakat ngaji jauh-jauh da. Balik rumah pun jarang-jarang lepas tu lak adik aku tinggal 3 yang last ja kat rumah, sorang tu setaun lagi masuk hostel da. Sorang lagi tu, lagi 2taun. Lepas tu tinggai yang bongsu ja la, kosong terus rumah suma pakat kuaq ngaji.

Ahh, sudah! mak nak aku kawen ka? Aku pun tanya la dengan penuh berhati-hati dan penuh hormat.

'mak nak cucu ka?'

'haa la, sapa yang takmau cucu? orang len umoq mak ni da ada cucu berceretet dah. Mak ja takdak cucu lagi. Tak kesian kat mak ka?'

lepas tu aku senyap ja la. Kena setempek kot daii tu mau tak senyap. Sapa soh cari pasai sangat, padan muka. Sampai ja kot kawasan Yan, nampak umah arwah maktok aku, mak tanya;

'abang, kalau abang kawen nak tak buat kat umah maktok?'

aku pun habaq,

'kalau mak nak abang tak kisah pun'

Baik tak aku? Mak aku pernah habaq kat aku;

'zaman la ni macam-macam benda pelik ada. Maksiat pulak macam-macam jenis da ada, mak takot gak anak-anak mak ni. Walaupun suma pakat ngaji agama tapi bila bab nafsu ni, orang ngaji ni salu terkandas dulu sebab syaitan da aim lama'

- Mak -

renungan

Aku pun pikiaq, betoi gak apa yang mak aku cakap ni sebab ustaz aku pernah cakap,

'Orang ngaji agama ni, bukan Setan pangkat prebet yang mai hasut kita tapi nuu yang jenis ada paku kot kepala bahu, jenis ada bintang kot dada tu. Yang tu la mai hasut kita.'

- Ustaz Haji Mat Ayob -
Mantan Mudir Sekolah Menengah Islam Darul Ulum

Jadi lepas kami balik, aku habaq kat mak aku insyaallah aku kawen bila aku da ready. Mak pun senyum ja la. Abes tu takkan nak melompat riang kot kan? Agak-agak la sama. tapi aku habaq mak aku, 

'Mak, kalau boleh abang nak buat d Dewan Besar UiTM Merbok atau Dewan MRSM Merbok tu sebab rumah kita kan di hujung jalan. Depan rumah tu muat 4bijik khemah ja, keta lak takdak ruang nak parking nanti'

Mak pun ok ja bila aku cakap camtu. Anak sulong nak kawen bhai, memang la mak ayah happy. Sapa yang tak happy kan? Nanti da dapat cucu, lagi la happy.

Calon dia sapa? haa, bak kata CTDK; biarlah rahsia~

Insyaallah, nanti aku nak kawen aku habaq la. Nenek aku pun habaq kalau aku kawen, dia soh buat sekali kenduri di rumah Kuantan tu. Kira 2 negeri gak la, Kedah dan Pahang.

Insyaallah, 3tahun lagi kot aku kawen. Doa-doa la noh, hee~

sama-sama kita doa

- sekian, wassalam -

Ed-Darb Al-Ahmar, Cairo,
Egypt

Madrasah Zubaidiyyah; Dalam Kenangan

Assalamualaikum w.b.t

Selasa, 5 Ogos 2013

adalah hari last aku bergelar USTAZ d Madrasah Zubaidiyah, Merbok. Madrasah Zubaidiyah ni orang kot situ panggil nama lain, kita ni ja panggil Zubaidiyyah. 
 Orang lama-lama panggil Pusat Pengajian Islam Merbok. Haa, panjang kan?

from : Busyra dan Wahida (Tahun 4)
pic by : Marzuq Azizan
Aku mengajaq situ sat ja, cukup-cukup 3minggu. Mula keja 16 Julai 2013, tamat perkhidmatan 5 Ogos 2013. Ala, guru ganti ja pun. Padan la sat ja keja situ.

from : Nur Sakinah (Tahun 4)
pic by : Marzuq Azizan
Keja di Zubaidiyyah ni, syok sebab dekat ja dengan umah aku. Lebih kurang 10minit camtu sampai la sekolah. Dekat ja, kentut pun ley dengaq orang tua-tua kata. Nak habaq kata dekat ja sekolah dengan umah. Lagipun aku ada 2orang adik kat situ, sorang darjah 1, sorang lagi darjah 5.

Aku anggap keja di Zubaidiyah ni satu Rahmat dari Allah s.w.t di bulan Ramadhan yang Mulia sebab aku balik Malaysia, bulan 5 aqi tu lagi dan sejak dari tu lagi aku duk caqi keja merata. Kuantan, Taiping, Perlis, Loqstaq, Selangor, aku roger abes suma takdak keja kosong. Time mula Ramadhan, aku da fed-up caqi keja. Aku anggap takdak rezeki la taun ni untuk aku caqi duit poket tapi 15 Julai aqi tu, aku dipanggil untuk jadi guru ganti di Zubaidiyah. Haa, tu la yang dipanggil Rahmat di Bulan Ramadhan.

Ramadhan;

10 Pertama 

- RAHMAT - 

10 Kedua 
- KEAMPUNAN -

10 Terakhir 
- PELEPASAN DARI API NERAKA -


Ayah aku ni cerewet sikit sebenarnya, dia tak bagi aku keja di pump-station, kilang suma ni. Dia nak aku manfaatkan pengalaman dan ilmu yang aku ada. Tu yang dia soh aku jadi Ustaz atau Cikgu kat mana-mana.

from : Ilham (Tahun 4)
pic by : Marzuq Azizan

Di sekolah tu, aku mengajaq banyak kelas. Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6. Lepas tu Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 5.

from : Tahun 6
pic by : Marzuq Azizan
Haa, banyak gila kan? Da la banyak kelas, lepas tu banyak subjek lak aku ajaq.
 Kalau ada Anugerah Guru Serba Boleh mesti dapat kat aku ni.

from : Nurul Nazifa (Ting. 1 Imtiyaz)
pic by : Marzuq Azizan

Walaupun sat, aku dapat satu pengalaman baru. Kalau sebelum ni, aku ajaq sekolah menengah ja tapi kat sini aku mengajaq sekolah rendah sekali. Kali pertama masuk kelas sekolah rendah, aku kekok sangat sebab aku ni kasaq, garang. Takot silap hari bulan, pakat terbang abes budak-budak tu tapi alhamdulillah, kejadian yang tak di ingini tak berlaku pun. Syukur padamu Ya Allah!

from : Tahun 4
pic by : Marzuq Azizan

Sorang ustaz di Muassasah Darul Ulum pernah habaq;

'sorang guru takkan marah kalau anak murid dia lebih pandai dari dia, lebih alim dari dia bahkan guru tu akan sanjung dan berbangga sebab pernah bergelar guru kepada insan tersebut tapi tinggi mana sekalipun kita belajaq, jangan lupa guru. Jaga keberkatan ilmu tu, dengan jaga kehormatan kat guru'

- Ustaz Abdullah Haji Ramli - 
Mudir Sekolah Menengah Islam Darul Ulum


from : Busyra dan Wahida (Tahun 4)
pic by : Marzuq Azizan
Jadi pesanan terakhir aku sebagai Ustaz di Madrasah Zubaidiyah, ingat pesan guru, hormat guru dan jaga keberkatan ilmu tu dan last sekali terima kasih kat sapa yang bagi kad raya tu.

Ilmu berkat, 
Bahagia dunia akhirat. 
Insyaallah

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR BATIN

Dalam Kenangan :

Madrasah Zubaidiyah
- 16 Julai 2013 to 5 Ogos 2013 -

Marzuq, bila nak kawen?

Assalamualaikum w.b.t



Marzuq, bila nak kawen? Soalan ni salu orang tuju kat aku. 
Awat? Aku nampak cam orang bujang terlajak ka?

Baru ni aku balik ke Malaysia, 2hari perjalanan baru sampai. 10hb Mei, kul 10malam (waktu Malaysia) naik flight lepas tu transit di Abu Dhabi International Airport 4jam. Lepas transit, terus ke KLIA dan sampai dalam kul 3petang (waktu Malaysia). Lepas tu malam kul 9, naik ketapi dari KL Sentral turun di Sungai Petani pukul 6pagi (waktu Malaysia). 2hari perjalanan yang panjang dan menyakitkan badan!


Tak dan berapa jam duk di umah, makcik aku mesej '
Marzuq da balik? balik nikah ka? jangan lupa habaq ea'. 
Lepas tu ada lak pakcik mesej, 
'Marzuq, balik sorang ka dua? Ka bawak balik dua tambah baby sorang?'

Tudia!! Bila masa aku nikah? Baru pi 8bulan ja da pikiaq aku bawak balik bini dari sana ka? Aiyoo!


Laki lau cakap bab nikah, laju ja mulut sebut NAK tapi bila sebut sai tanggungjawab lepas nikah tu semua pakat senyap. Senyap sebab berat tanggungjawab sebagai suami ni. Macam-macam dia kena tanggung, kena pikiaq, kena buat. Soal nikah ni bukan benda mudah tau. Dia mudah tang sebut 'aku nak kawen' tapi lau tang 'aku terima nikahnya' memang payah. Siap berpeluh basah abes ketiak, baju suma. Tu peluh yang kita ley nampak, peluh celah peha, kaki suma kita tak tau. Tu yang sampai ada pengantin 3 4 kali ulang lafaz akad nikah tu.

Memang nikah kita ley wat pahala banyak-banyak sebab da halal dan bila benda yang halal kita wat akan dapat pahala tapi lau ilmu tak cukup, mampu ka nak bimbing anak bini kita nanti? Ilmu kena pikiaq gak, bukannya uit ja yang kena pikiaq. Tu masalah laki zaman la, pikiaq uit ja yang penting sampai ilmu tolak tepi abes. Ley tak agak-agak nak dapat pahala lau amalan kita tak berpandukan ilmu?



'Sapa yang hendakkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu. 
Sapa yang hendakkan akhirat, maka maka hendaklah dengan ilmu'
- Hadis S.A.W -



quotes by : Marzuq Azizan
pic by : Marzuq Azizan

Lau orang tanya aku bila nak nikah, aku hanya mampu ucap 
'Insyaallah, lau ada jodoh awai saya kawen la. Lau takdak, lambat gak la tapi doa-doa pi la kot ley kawen awai'. 

Aku ni 'kecik' lagi sebab aku, lau nak pilih baju raya ka, kasut ka, apa-apa ja yang berkaitan dengan badan aku akan heret mak aku masuk Mall sebab aku tak tau nak pilih mana yang sesuai untuk badan aku dan yang sesuai untuk umoq aku. Lau mak aku tak mau ikut, aku pi Mall survey, amek gambaq lepas tu balik tunjuk kat mak. Esok tu pi beli la yang mak aku pilih. Tu aku la, orang len aku tak tau. Tu ada orang kata, pempuan ni lebih matang dari laki dan aku memang 100% setuju dengan benda ni dari awai lagi.

So agak-agak laki cam aku sesuai tak kawen awai? Lau diberi pilihan memang aku nak kawen awai tapi bila pikiaq keadaan diri aku, aku asa baik hold dulu sampai agak-agak asa da ley bawak diri baru aku kawen. Insyaallah!

Calon dia sapa? Bak kata Dato' Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia~


Jadi mana yang rasa nak kawen tu, pikiaq banyak-banyak kali. Jangan sebut ja 'Mak, abang/adik/kak/cek nak kawen dengan ***'. Wat solat istikharah, solat hajat banyak-banyak mohon petunjuk. Kawen ni Sunnah Nabi S.A.W dan insyaallah Allah akan permudahkan bagi sapa yang kawen atas dasar nak kekang nafsu tu.


'Allah akan menjamin rezeki bagi sesiapa yang berkahwin atas dasar mengekang nafsu mereka'

- Hadis S.A.W -


Wat sahabat yang kawen awai, Taufiq dan Sarah dan tak lupa juga kepada Aniyyah dan Asyraf, semoga Allah terus memberkati kalian sehingga kekal ke Syurga. Amin!


- 24 Mei 1992 - 24 Mei 2013 -
* eppy besday to me *

David, Michael, Imam and Islam

Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah, akhirnya ada gak ruang masa untuk update blog aku ni. Camni la kehidupan pelajar, masa banyak dihabiskan dengan buku dengan kelas ja. Ok, kali ni aku nak sampaikan satu mesej tapi berbentuk cerita pendek. Harap ampa suma suka dan faham mesej yang nak disampaikan tu, insyaallah.

>>> David, Michael, Imam and Islam <<<

Two Christian missionaries, David and Michael were lost in a scorching desert. They were dying of thirst and hunger when they saw a mosque up front. David said : 'Michael, let's pretend we are Muslims. Otherwise, we will not get any food or water and we will die. My name will be Ahmad. What will your name be?.' Michael refused to change his name. When both of them reached the mosque, the Imam received them well and asked what their names were.

  • David    : My name is Ahmad
  • Michael : My name is Michael

The Imam turned to his helpers and said 'Please bring food and water for Michael.' Then he turned to David and said 'Brother Ahmad, Ramadhan Mubarak!'

Kesimpulan :

Cerita ni ada la gak unsur lawak dia dan pada masa yang sama, kandungan cerita ni ada pengajaran tersendiqi. Dalam cerita ni, dia nak bagitau supaya tolong semua orang yang memerlukan. Tak kira warna kulit, agama, atau bangsa dan kita seharusnya tolong sekadar yang kita mampu. 
Islam ni agama yang paling indah, paling sempurna dan kita sendiqi dapat gambarkan akan keindahan Islam. Jangan lupa lak yang dunia ni sekadar persinggahan sementara dan sekadar ujian yang perlu dilalui oleh suma manusia. Sebagai Muslim, kita seharusnya sentiasa beryukur akan segala nikmat yang Allah kurniakan dan sentiasa ingat 5 Rukun Islam. Mana nak tau, dengan kita tolong orang walaupun sikit dapat menjadikan kita salah sorang dari Ahli Syurga.
Renungkan :)


Kamus Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu :
  1. Missionaries : Mubaligh (pendakwah)
  2. Scorching : Panas terik
  3. Pretend : Pura-pura 
  4. Otherwise : Kalau tidak (kalau tak)