pengikut

Hari Guru 2015

Assalamualaikum w.b.t

Jumaat, 22 Mei 2015


Dah lama aku tak tulis dalam ni, rasa kekok ja tangan ni nak tulis pun. Idea takdak tera mana pun tapi semangat nak tulis tu punya membuak-buak cam gunung berapi nak meletus tu. Punya nak habaq kata semangat ni.

Untuk entry kali ni, aku cuma nak kongsi pengalaman aku sambut Hari Guru baru ni. Ni kali pertama kot aku sambut Hari Guru sebagai sorang cikgu. Kalu sebelum-sebelum ni aku sambut sebagai pelajar ja tapi kali ni aku lak disambut oleh pelajar.

>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<

Ahad 17 Mei baru ni sekolah aku ada buat sambutan Hari Guru untuk rai cikgu-cikgu kat situ. Hari Guru sepatutnya 16 Mei la kan tapi da 16 tu hari Sabtu, kami lajak sehari lewat.

Bila sebut Hari Guru, macam biasa la, tiap sekolah mesti buat punya sambutan Hari Guru ni dan tiap sekolah lak mesti beza cara sambutan dia. Ada yang cikgu pakat buat persembahan, ada yang cikgu lawan bola sepak dengan student depa tapi kat tempat aku ni, buat biasa-biasa ja. Ada majlis persembahan pelajar, ucapan sikit dan jamuan makan.

Membina ilmu 
Menyempurnakan akhlak

- Tema Hari Guru peringkat Kebangsaan 2015 -

Sambutan kecik ja tapi yang syoknya kat sekolah aku ni, cikgu yang kena bawak kuaq duit sendiri untuk hadiah. Sekolah support setengah, cikgu-cikgu kena bayaq setengah. Lepas tu buat cam cabutan bertuah gitu untuk bagi hadiah kat cikgu-cikgu. Kira ok la tu, dapat gak hadiah walaupun beli untuk diri sendiri kan? 

Sendiri kuar duit, sendiri balut, sendiri angkat, sendiri umum nama, sendiri ambil hadiah. Semua sendiri, aku sorang yang berdikari dan syok sendiri!


hadiah Hari Guru 2015

Lepas habis ja majlis, aku duk tengok-tengok hadiah yang student aku bagi. Macam-macam jenis hadiah aku dapat tapi hadiah yang aku paling ingat, hadiah dari sorang budak form 2 ni. Nasuha nama dia tapi aku panggil Chu A ja sebab adik dia sorang tu duk panggil dia gitu kat dia.

Time aku duk bukak hadiah tu, Chu A ketuk pintu bilik guru tapi aku buat taktau ja la sebab ingat dia nak jumpa cikgu lain. Lepas tu dia mai kat aku, baru aku tengok dia.
Lepas tu terus dia cakap;

" Selamat Hari Guru Ustaz Marzuq. Terima kasih ajaq saya dalam semua subjek yang Ustaz ajaq. Saya tak mampu nak beli hadiah kat Ustaz cam orang lain. Saya tak mampu sebab keluarga saya pun tak mampu. Mintak maaf ea ustaz, selamat hari guru "

- Nasuha / Chu A -

Time dia ucap tu, aku dengaq ja sepatah-sepatah ucapan dia tu. Lepas dia abes tu, dia terus keluaq dari bilik guru. Time tu la tetiba ja ada angin kuat mai kot mana tah tibai mata aku. Apa lagi, kuaq air mata la sebab pedih.

Sepanjang aku hidup, ucapan tu la hadiah paling hebat dan terbaik pernah aku dapat dari someone. Satu ucapan ikhlas yang sentuh hati aku sampai kuaq gak la air mata jantan aku time tu. Nasib baik ada kipas kat sebelah, bukak max speed kipas tu, tala ke muka sebab nak bagi kering air mata aku cepat-cepat, malu kot orang tengok satgi.

' Seorang guru tak pernah mengharapkan pun wang ringgit ampa dibelanjakan untuk kami. Kami cuma mengharapkan kejayaan ampa di dunia dan di akhirat saja. Jaga keberkatan ampa dengan guru-guru, insyaallah bahagia dunia akhirat. '

- Arwah Al- Fadhil Ustaz, Amir bin Omar -

Bagi aku, seorang pelajar tak perlu pun bagi hadiah yang hebat-hebat kat cikgu semata-mata nak tunjuk penghargaan kat cikgu tu. Ucapan pun da cukup da, tanda kita ingat gak jasa cikgu tu ajaq kita dari kita tak reti apa sampai reti gak baca dan faham satu-satu ilmu tu tapi kalu ampa rasa mampu, takdak halangan pun. Beli la hadiah apa pun tapi jangan la sampai membaziaq lak.

' Hadiah tak penting pun bagi sorang guru tapi yang penting adalah ampa jaga keberkatan dalam menuntut ilmu ni. Kalau ampa jadi Perdana Menteri sekalipun tapi jasa terhadap guru ampa lupa maka ampa da hilang keberkatan dalam menuntut ilmu. Jaga keberkatan dalam ngaji ni, insyaallah berjaya dunia akhirat '

- Al-Fadhil Ustaz Zainol Asri -

Hadiah memang satu benda yang kita ley nampak dan satu benda berharga tapi satu ucapan yang ikhlas di iringi plak dengan kejayaan pelajar tu, bagi aku yang bergelar cikgu ni. Tu la hadiah yang paling bernilai dan berharga. Bagi aku la, orang lain aku taktau la gena. Pandangan masing-masing la kan.

Jadi aku rasa tu ja la kot untuk entry kali ni. Aku harap mana-mana pelajar yang duk baca entry aku ni, pi caqi cikgu ampa kaih. Lepas tu pi bagi ucapan kat cikgu ampa. Lambat pun takpa asalkan ucap gak. Takdak hadiah pun takpa aihh, bukan cikgu tu nak tibai pun kalau takdak hadiah. 

Lagi satu, ucapan dengan tulisan ni lain, ampa kena ingat ni. Ada yang kata tulisan ni lebih terkesan banding dengan ucapan tapi bagi aku, ucapan tu lagi berharga sebab dia melalui lafaz, bukannya tulisan. So kita boleh tengok dia tu betoi-betoi maksudkan ka tak ucapan dia tu. 

Jadi untuk kesempatan ni, aku nak ucap gak la Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik ni. Tak kira la panggilan apa pun yang ampa dapat, asalkan ampa sorang pendidik . Buat yang mendidik aku, terima kasih diucapkan. Takdak ampa, mesti aku da jadi hawaq tak ketahuan da la ni. Terima kasih cikgu, ustaz dan semua yang pernah ngajaq aku selama ni.

S.E.L.A.M.A.T
H.A.R.I.G.U.R.U
2015 M

- sekian, wassalam -


Lembah Bujang Fasa 5, Bujang

Kedah