pengikut

Perumpamaan Orang Berilmu

Assalamualaikum w.b.t

Isnin, 4 November 2013

Tadi time aku kuaq pi beli Tokmiyyah, tetiba nampak ada satu poster lekat kat dinding kedai runcit sebelah tu. Arab ni pesyen, lekat poster ja benda-benda ilmiah ni. Secara tak langsung, kita pun terbaca sekali. Bagus kan?

العلم بلا عملٍ كالشجرة بلا ثمر
' Ilmu yang tak diamalkan, seperti pohon yang tidak berbuah '

- ayat di poster -

Pernah tak pikiaq pasaipa pokok dan bukannya benda lain? Aku pernah gak terpikiaq dan akhirnya bertemu gak jawapan tapi ni jawapan versi aku la. Mungkin versi orang lain beza sikit dari aku.

>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<

Cuba kita tengok anak pokok. Anak pokok dari kecik lagi kita jaga dia, siram dan baja dia elok-elok kan? Dari kecik kita jaga dia sebab bila dia besaq nanti baru ley kutip hasil dia. Baru berbaloi pengorbanan kita habiskan duit banyak-banyak kat pokok tu, nanti ley dapat gak hasil dari pengorbanan kita.

Jadi apa kaitan dia dengan manusia?

Dari kecik, mak ayah kita sanggup berhabes duit untuk bagi kita pendidikan yang terbaik supaya kita menjadi yang terbaik dari berbagai aspek. Tak kisah la aspek apa pun dengan harapan, anak depa dapat berbakti kepada masyarakat. Tambah-tambah yang duk sekolah swasta tu, lagi la banyak duit kena pakai.

'Setiap bayi yang lahir itu adalah fitrah maka terpulanglah pada ibu-bapanya membentuk dia samada menjadi Yahudi atau Nasrani'

- Hadis Nabi S.A.W -

Cuba kalu pokok yang kita jaga dari dia kecik, sampai ke besaq tapi bila kita nak ambik buah dia, takdak pun buah. Apa perasaan kita? Marah, sedih, geram? Mesti semua ada dalam diri kita time tu. Tambah-tambah pokok yang tempoh berbuah dia lama. Lagi la kita rasa geram, marah kan?

Sama la jugak dengan diri kita. Dari kecik sampai la ke besaq mak ayah kita tunggu kita untuk berbakti kepada masyarakat tapi akhirnya tak berguna pun sebab ilmu yang ada dalam diri kita, tak terguna pun pada diri kita dan akhirnya jadilah kita macam pokok yang tak berbuah.

' Jadilah kamu seperti pokok, makin besar dirinya makin buahnya menunduk ke bumi '

- Hukama' -

Hukama' salu menggunakan perumpamaan macam ni sebab buah tu seolah-olah menggambarkan ilmu yang kita pelajari. Ranting pokok pulak menggambarkan cabang ilmu yang kita pelajari. Tak kira dalam cabang ilmu yang mana sekalipun, termasuk sekali dalam perumpamaan ni.

Pokok; semakin besaq pokok makin banyaklah buah dan makin ramai yang kenyang dengan buah yang dihasilkan.

Manusia; semakin banyak ilmu yang kita ada dan makin ramai yang 'kenyang' dengan isi ilmu yang kita sampaikan.

Jadi kita nak masuk dalam golongan yang mana? pohon berbuah atau pohon yang tak berbuah?
Muahasabah balik diri kita, pikir pengorbanan mak dan ayah kita.

R.I.N.D.U
M.A.K & A.Y.A.H

- sekian, wassalam -

El-Darb Al-Ahmar, Cairo,
Egypt

1 comment: