pengikut

Horror Stories : Hujung Katil

Assalamualaikum w.b.t

Jumaat, 25 Disember 2015

Lama gila aku tak jenguk kot sini, malas nak mampoih bab menulis ni. Bukan takda idea, idea berlambak tapi saja penyegan. Cuma malam ni aku jadi rajin sebab akhir-akhir ni aku duk nampak ramai gak orang buat confession sai pengalaman dengan hantu bagai so aku pun nak gak la cerita pengalaman aku.

Kes ni memang jadi sungguh kat diri aku time lepas raya posa 2015 baru ni. Time ni aku kerja di Pendang, Kebetulan lak aku jadi pembantu warden. Ni kira salah satu kejadian dari banyak-banyak kejadian yang berlaku kat diri aku. Banyak lagi cerita tapi pagi ni kita buka satu dulu. Kelia noh?

>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<

Petang kejadian tu, ada student aku sorang ni, dia rajin kena rasuk. Histeria la kalau kebanyakkan orang panggil .Aku time tu steady ja dengan pakai t-shirt + kain pelikat. Dengan baru sudah makan kat kantin lak. Perut penuh la dengan makanan time tu. Aku mula tu nampak dah, budak ni macam ada tanda-tanda nak jadi lak rasuk time tengah makan tu. Dia duk nampak macam pening kepala, muka sress, jalan pun macam yahudi mabuk ja. Aku pun suruh budak-budak lain dalam keadaan berjaga-jaga takot jadi apa-apa. Risau gak aku pun.

Time aku keluar 3-4 langkah ja dari kantin, Dia dari depan tapak perhimpunan, lari pecut pi ke pagar sekolah. Dah la sekolah tepi jalan, dengan pagar tak tutupnya. Aku pun pecut sekali la ligan dia sebab takot jadi apa-apa satgi aku kena menjawab lak.

Aku dapat ligan dia, lepas tu aku capai belakang baju dia, aku tepuk belakang dia. Rebah kawan tu jatuh cam nangka busuk kot tepi pagar tu. Nasib baik dan ligan, tidak tu taktau la apa cerita. Alhamdulillah. Cepat-cepat aku suruh budak-budak usung bawak pi asrama depa, budak laki pi surau baca Yaasin. Doa bagi jauh benda tak elok la.

Baca Ayat Kursi, pekup tapak tangan kemudian hembus. Lepas tu tepuk belakang orang yang kena rasuk, dia akan pengsan sebab lemah.


- Ustaz Azhar; Warden -

Malam tu nasib baik tak jadi apa-apa kat asrama. Tidak tu duk ada gak kes rasuk lepas maghrib. Kebetulan, warden yang pandai berubat tu takdak lak. Pi mana tah, tak ingat da aku pun. Memang aku cering nak mampoih da sebab malam tu tobat aku kena tidoq sorang-sorang dalam bilik. Jadi aku plan ajak sorang budak tdoq teman aku. Dia duk katil warden, aku tidoq katil aku.

Nak jadi cerita, malam tu la aku kena kacau. Malam tu, suma pakat tidoq awai sebab letih kes petang tu. Termasuk la aku tapi sebelum tidoq tu, aku tutup abes semua lampu kecuali satu ja lampu hujung tempat duk sidai baju tu. Jadi cahaya samar-samar la dalam bilik aku ni. Aku buat gitu sebab esok takot tak bangun subuh lak kalau gelap terus.

Dalam kul 2pagi lebih, aku terjaga sebab dengar ada orang duk bersembang. Aku buat taktau ja sebab aku pikiaq, budak-budak nak pi bilik air ni. Time aku cuba nak tidoq balik, mata aku ada kerling something kat hujung kaki aku tapi aku buat taktau ja sebab ingat aku mamun. Aku pun tarik balik selimut sebab nak sambung tidoq.

Time aku nak tidoq balik tu la tetiba ja selimut aku macam ada orang rentap. Selimut yang asal tu aku kelubung sampai kepala, kena rentap sampai paras peha gak la. Aku ingat ada budak-budak ni nak main-main dengan aku sebab malam tu, depa ada cakap nak kacau aku. Mentang-mentang depa tau ustaz depa ni penakot, boleh pi ugut lak.

Aku pun cuba tarik balik tapi tak boleh sebab macam ada orang pegang kat hujung tu. Aku memang takmau tengok da sebab takot. Nak lari keluar, kesian pulak tinggal student aku sorang-sorang dalam bilik. Lepas tu pulak, risau gak kot benda tu tetiba mai tunggu depan pintu. Lepas tu aku try tarik sambil baca bismillah, alhamdulillah dapat balik.

Nak buat apa pun, lazimi dengan bismillah. Insyaallah ada keberkatan di situ


- DMFK -

Aku kelubung balik kepala aku dengan selimut tu, lepas tu cuba untuk tidoq. Mulut toksah kata la, semua benda aku baca time tu sebab takot punya pasai. Siap surah-surah lazim keluar habis. Lepas tu aku pun terlelap lepas da penat sangat nak tahan mata. Dengan badan tetiba jadi lesu.

Time aku duk tidoq tu, aku sedar rasa macam ada benda pegang kaki aku. Aku mula ingat mimpi tapi lepas kena tarik cam rentap tu. Terjaga then segar terus aku. Terkejut gak aku sebab rasa ada benda duk pegang kaki aku. Sekali lagi aku baca semua benda yang aku tau, sambil beransur naik balik kepala ke bantal aku. Takot gila aku time tu.

Time tu memang toksah kata la, aku tak mengantok langsung. Segar ja mata tu sebab terkejut. Lepas tu aku rasa lagi ada benda duk pegang kaki aku. Sekali lagi, benda tu tarik kaki aku dari hujung katil. Siap rasa cam ada orang genggam lagi kaki tu. Ampa bayang tengok benda tu jadi kat ampa, tobat takot punya, Camtu la aku, taktau da nak buat apa. Aku baca ayat Kursi tak berhenti, mohon jauh dari benda tak elok jadi kat aku. Nasib baik lepas gak kaki aku dari benda tu. Sampai ke pagi aku tak tidoq malam tu.

Alhamdulillah, duk tak lama lepas tu aku dengar azan dari surau kampung belakang sekolah. Akhirnya, terlepas gak aku malam tu dari benda yang tak elok. Aku memang
 lesu, letih teruih badan. Bangun tu, aku turun mandi bagi settle. Siap terus turun solat Subuh.

Esok tu, aku ceita kat warden. Dia soh aku banyak baca Selawat Tafrijiyyah, mohon lindung dari benda tu. Rupanya dia pun pernah kena benda yang sama dengan aku cuma dia tak cerita ja. Memang tu la pengalaman aku paling ngeri. Kena kacau live lak tu, selalu duk tengok dalam tv ja tapi kali ni aku lak yang kena.

Selawat Tafrijiyyah ni senjata paling kuat untuk lawan benda selain dari manusia ni. Amal selalu, insyaallah Allah akan lindung.


- Ustaz Azhar; Warden -

Jadi tu ja la cerita aku takat malam ni. Ada lagi cerita, banyak jadi kot dalam bilik tu la. Puaka gak la bilik warden tu pun. Bukan aku ja kena, sapa yang duk bilik tu mesti akan kena punya. Jadi tu ja la cerita aku

S.E.L.A.M.A.T
M.A.L.A.M

- sekian, wassalam -

Lembah Bujang Fasa 5, Bujang

Kedah

Aku Seorang Guru

Assalamualaikum w.b.t

Khamis, 17 September 2015

Ni entry ke-2 bagi tahun 2015. Banyak gila entry untuk blog aku kan? Setahun ada berapa ciput ja entry. Jadi, untuk entry ke-2 ni, aku cuma nak berkongsi sikit ja pengalaman hidup aku yang takdak tera mana pun sebenarnya tapi saja nak berkongsi pengalaman. Semoga ada manfaat dari perkongsian ni insyaallah.

>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<

Waktu aku mula jadi cikgu, banyak gak pesanan orang bagi kat aku. Ada pesanan dari family, kawan-kawan dan ada gak dari orang yang aku tak kenai pun sapa. Secret admire mungkin? Haa, mana nak tau kan? Bahagia gak rasa bila ramai bagi pesanan ni sebab mak aku pernah bagitau, 

Mak rajin marah, rajin bagi pesanan ni sebab mak sayang. Faham?!

- Mak -

Jadi orang yang duk bagi pesanan ni kira sayang aku la kan? Antara banyak-banyak pesanan, aku selalu teringat satu pesanan ni. Tak ingat lak sapa bagi sebab lama dah pesanan ni, waktu mula-mula aku jadi guru ganti lagi.

Ang da jadi cikgu, jangan rapat sangat dengan student. Nanti kalu rapat, depa pijak pala ang. Layan depa kasaq sikit takpa, jangan buat kawan. Bahaya!

- Anonymous -

Mula-mula aku dengar pesanan ni, aku tercengang gak la. Pesanan apa gini? Macam takmau bagi eratkan silaturahim pun ada. Macam pesanan jahat la pula aku dengar mula tu tapi bila fikir balik, tu pandangan dia sendiri. Biar la kat dia nak suarakan pandangan macam tu pun. Kalau orang Utagha, akan ada yang cakap 'Mampoih pi kat dia, ang tak payah duk kalot'.

Sliper Band
 Dulu waktu aku jadi cikgu ganti di Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak, aku pernah gak buat garang dengan budak-budak aku ni tapi tak jalan pun. Makin buas ada la budak-budak bertuah tu. Bila dah masuk 3 bulan aku kerja, baru aku perasan satu benda. Aku mengajar sekolah menengah dan bukannya sekolah rendah. Jadi pemikiran dan perangai depa tobat lain punya. 

Ustaz Hensem dengan Njang Macho
Budak sekolah menengah ni tak macam budak sekolah rendah perangai dan fikiran depa. Sekolah rendah ni, bila ang pegang rotan, buat garang ka memang depa patuh dan takot kat ang terus tapi bila mai kat budak sekolah menengah ni. Lagi hang garang, lagi depa naik pala. Takkan tak ingat zaman sekolah menengah dulu macam mana kan? Lagi garang cikgu, lagi syok nak pedajai dia. Tunggu bapak lagi! 

Raee, FBR, Mil, Marzuq
So aku pun try la buat eksperiment dengan budak-budak aku. Aku mula 'berkawan' dengan student aku, mula layan depa macam mana aku layan adik-adik dan membe sekolah aku sendiri. Hasilnya, kasih sayang dan kehormatan dalam hubungan CIKGU-PELAJAR lebih kukuh. Tobat aihh, ampa try tengok tapi kena jaga sama batasan sebab bukan semua hal kita boleh berkongsi dengan student kita. Mana yang rasa salah tu kita tegah la. Yang mana rasa betul, kita bimbing dia. Amanah tetap kena jalan walaupun layanan dah berubah.

Lata Sedim, Kulim
Aku nak ulas banyak-banyak pasai psikologi budak-budak ni pun aku tak reti sebab bukan bidang aku benda ni tapi memang budak-budak sekolah menengah ni, lagi ang layan depa lagi depa syok sebab usia remaja ni, depa cuma nak berseronok dan bebas ja. Cuma jangan la terlalu bebas sangat sampai kalau ada student nak ber'vape on' pun ang bagi. Yang tu memang nak kena cepuk la. Bukan student yang kena cepuk tapi cikgu tu.

Sama la macam kita di sekolah menengah dulu kan. Bila cikgu marah kita pasai something, kita akan cakap cikgu tak faham kita, tak reti mendidik la dan banyak lagi. Betoi tak? Jadi cuba tengok buat eksperiment dengan pelajar sekolah menengah kalian. Aku tak kata benda ni 100% akan berjaya tapi apa salahnya kalau mencuba?

Kem Pecutan PT3, SMA, SPM
Untuk akhir kalam, aku buat entry ni atas perkongsian dari pengalaman aku sendiri sebab bila ditanya kepada sebahagian besar bekas pelajar aku. Macam mana boleh ingat kat aku, depa akan cakap sebab aku 'faham' depa banding dengan guru lain. Ya, aku muda lagi dan tak layak pun nak bercakap pasai ni tapi apa salahnya, ini cuma perkongsian pengalaman. 

S.E.L.A.M.A.T
H.A.R.I.M.A.L.A.Y.S.I.A
2015 M

- sekian, wassalam -


Lembah Bujang Fasa 5, Bujang

Kedah

Hari Guru 2015

Assalamualaikum w.b.t

Jumaat, 22 Mei 2015


Dah lama aku tak tulis dalam ni, rasa kekok ja tangan ni nak tulis pun. Idea takdak tera mana pun tapi semangat nak tulis tu punya membuak-buak cam gunung berapi nak meletus tu. Punya nak habaq kata semangat ni.

Untuk entry kali ni, aku cuma nak kongsi pengalaman aku sambut Hari Guru baru ni. Ni kali pertama kot aku sambut Hari Guru sebagai sorang cikgu. Kalu sebelum-sebelum ni aku sambut sebagai pelajar ja tapi kali ni aku lak disambut oleh pelajar.

>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<

Ahad 17 Mei baru ni sekolah aku ada buat sambutan Hari Guru untuk rai cikgu-cikgu kat situ. Hari Guru sepatutnya 16 Mei la kan tapi da 16 tu hari Sabtu, kami lajak sehari lewat.

Bila sebut Hari Guru, macam biasa la, tiap sekolah mesti buat punya sambutan Hari Guru ni dan tiap sekolah lak mesti beza cara sambutan dia. Ada yang cikgu pakat buat persembahan, ada yang cikgu lawan bola sepak dengan student depa tapi kat tempat aku ni, buat biasa-biasa ja. Ada majlis persembahan pelajar, ucapan sikit dan jamuan makan.

Membina ilmu 
Menyempurnakan akhlak

- Tema Hari Guru peringkat Kebangsaan 2015 -

Sambutan kecik ja tapi yang syoknya kat sekolah aku ni, cikgu yang kena bawak kuaq duit sendiri untuk hadiah. Sekolah support setengah, cikgu-cikgu kena bayaq setengah. Lepas tu buat cam cabutan bertuah gitu untuk bagi hadiah kat cikgu-cikgu. Kira ok la tu, dapat gak hadiah walaupun beli untuk diri sendiri kan? 

Sendiri kuar duit, sendiri balut, sendiri angkat, sendiri umum nama, sendiri ambil hadiah. Semua sendiri, aku sorang yang berdikari dan syok sendiri!


hadiah Hari Guru 2015

Lepas habis ja majlis, aku duk tengok-tengok hadiah yang student aku bagi. Macam-macam jenis hadiah aku dapat tapi hadiah yang aku paling ingat, hadiah dari sorang budak form 2 ni. Nasuha nama dia tapi aku panggil Chu A ja sebab adik dia sorang tu duk panggil dia gitu kat dia.

Time aku duk bukak hadiah tu, Chu A ketuk pintu bilik guru tapi aku buat taktau ja la sebab ingat dia nak jumpa cikgu lain. Lepas tu dia mai kat aku, baru aku tengok dia.
Lepas tu terus dia cakap;

" Selamat Hari Guru Ustaz Marzuq. Terima kasih ajaq saya dalam semua subjek yang Ustaz ajaq. Saya tak mampu nak beli hadiah kat Ustaz cam orang lain. Saya tak mampu sebab keluarga saya pun tak mampu. Mintak maaf ea ustaz, selamat hari guru "

- Nasuha / Chu A -

Time dia ucap tu, aku dengaq ja sepatah-sepatah ucapan dia tu. Lepas dia abes tu, dia terus keluaq dari bilik guru. Time tu la tetiba ja ada angin kuat mai kot mana tah tibai mata aku. Apa lagi, kuaq air mata la sebab pedih.

Sepanjang aku hidup, ucapan tu la hadiah paling hebat dan terbaik pernah aku dapat dari someone. Satu ucapan ikhlas yang sentuh hati aku sampai kuaq gak la air mata jantan aku time tu. Nasib baik ada kipas kat sebelah, bukak max speed kipas tu, tala ke muka sebab nak bagi kering air mata aku cepat-cepat, malu kot orang tengok satgi.

' Seorang guru tak pernah mengharapkan pun wang ringgit ampa dibelanjakan untuk kami. Kami cuma mengharapkan kejayaan ampa di dunia dan di akhirat saja. Jaga keberkatan ampa dengan guru-guru, insyaallah bahagia dunia akhirat. '

- Arwah Al- Fadhil Ustaz, Amir bin Omar -

Bagi aku, seorang pelajar tak perlu pun bagi hadiah yang hebat-hebat kat cikgu semata-mata nak tunjuk penghargaan kat cikgu tu. Ucapan pun da cukup da, tanda kita ingat gak jasa cikgu tu ajaq kita dari kita tak reti apa sampai reti gak baca dan faham satu-satu ilmu tu tapi kalu ampa rasa mampu, takdak halangan pun. Beli la hadiah apa pun tapi jangan la sampai membaziaq lak.

' Hadiah tak penting pun bagi sorang guru tapi yang penting adalah ampa jaga keberkatan dalam menuntut ilmu ni. Kalau ampa jadi Perdana Menteri sekalipun tapi jasa terhadap guru ampa lupa maka ampa da hilang keberkatan dalam menuntut ilmu. Jaga keberkatan dalam ngaji ni, insyaallah berjaya dunia akhirat '

- Al-Fadhil Ustaz Zainol Asri -

Hadiah memang satu benda yang kita ley nampak dan satu benda berharga tapi satu ucapan yang ikhlas di iringi plak dengan kejayaan pelajar tu, bagi aku yang bergelar cikgu ni. Tu la hadiah yang paling bernilai dan berharga. Bagi aku la, orang lain aku taktau la gena. Pandangan masing-masing la kan.

Jadi aku rasa tu ja la kot untuk entry kali ni. Aku harap mana-mana pelajar yang duk baca entry aku ni, pi caqi cikgu ampa kaih. Lepas tu pi bagi ucapan kat cikgu ampa. Lambat pun takpa asalkan ucap gak. Takdak hadiah pun takpa aihh, bukan cikgu tu nak tibai pun kalau takdak hadiah. 

Lagi satu, ucapan dengan tulisan ni lain, ampa kena ingat ni. Ada yang kata tulisan ni lebih terkesan banding dengan ucapan tapi bagi aku, ucapan tu lagi berharga sebab dia melalui lafaz, bukannya tulisan. So kita boleh tengok dia tu betoi-betoi maksudkan ka tak ucapan dia tu. 

Jadi untuk kesempatan ni, aku nak ucap gak la Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik ni. Tak kira la panggilan apa pun yang ampa dapat, asalkan ampa sorang pendidik . Buat yang mendidik aku, terima kasih diucapkan. Takdak ampa, mesti aku da jadi hawaq tak ketahuan da la ni. Terima kasih cikgu, ustaz dan semua yang pernah ngajaq aku selama ni.

S.E.L.A.M.A.T
H.A.R.I.G.U.R.U
2015 M

- sekian, wassalam -


Lembah Bujang Fasa 5, Bujang

Kedah