pengikut

Ustad ka Ustaz?

Assalamualaikum w.b.t

Ahad, 2 November 2014

Untuk entry kali ni, aku ambik kalam dari guru Nahu aku di Muassasah Darul Ulum dulu, Ustaz Nazrul Nasir di post fb beliau. Post dia pendek ja tapi sangat bermakna sebab tak ramai yang tau sai benda yang dia sampaikan ni. Aku pun baru tau, lepas ustaz update di wall fb. Kalau ampa nak baca yang original, boleh tengok di fb Ustaz Nazrul Nasir sebab untuk entry ni aku ada tambah sikit-sikit.

>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<

Al-Imam Muhammad bin Allan Al-Siddiqiy Al-Syafie Al-Asya'ary Al-Makki Rahimahullah (wafat 1057 H) mengatakan di dalam kitabnya :

 Al-Futuhat Al-Rabbaniyyah a'la Al-Azkar al-Nawawiyah

Gelaran al-Ustaz ( dengan huruf dzal ) adalah dikhususkan untuk orang yang berkecimpung di dalam bidang agama.

Manakala al-Ustad ( dengan huruf dal ) adalah untuk orang pakar di dalam urusan selain agama.

Maka selepas ni betulkan sebutan. Jika menyebut pada guru-guru kita maka sebut Al-Ustaz bukan Ustad.

- Ustaz Nazrul Nasir -

Sebenarnya ramai yang taktau pasai perbezaan penggunaan USTAZ & USTAD ni. Ramai ingat USTAZ ni guna loghat ala-ala Arab sikit, USTAD lak guna loghat ala-ala Melayu. Jadi sebab kita orang Melayu, guna la panggilan USTAD.

Kebanyakkan yang guna Ustad untuk guru Quran dan guru agama ni budak-budak la yang aku duk perhati tapi ada ja orang tua-tua guna tapi takpa la, moga dengan entry ni kita sama-sama ubah panggilan USTAD ke USTAZ bagi guru-guru yang mengajaq agama dan guna panggilan USTAD untuk guru-guru yang mengajaq akademik.

R.I.N.D.U
M.A.K & A.Y.A.H

- sekian, wassalam -

El-Darb Al-Ahmar, Cairo,
Egypt

All About Egypt : Tokmiyah

Assalamualaikum w.b.t

Isnin, 27 Oktober 2014

All About Egypt ni kira cam slot khas la bagi blog aku. Apa saja yang berkaitan dengan Mesir, aku akan cuba masuk dalam slot All About Egypt ni. Dalam entry first dalam slot All About Egypt ni, aku akan cerita pasai Tokmiyah.

>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<

Tokmiyah ni sebenarnya sejenis makanan Arab Mesir. Kat negara Arab lain aku taktau la ada ka tak tapi yang aku nak cerita ni, kat Mesir. Tokmiyah ni kira makanan ruji depa gak la. Kat cerok mana pun, mesti ada punya gerai tokmiyah ni. Macam di Malaysia, kita ada gerai nasik lemak, roti canai semua kan? Kat sini lak, ada gerai tokmiyah.

gerai tokmiyah
sumber : google images
Tokmiyah ni, bahan asas dia Falafel (jama' kepada ful) lepas tu dia letak dalam Aisy (roti Arab). Lepas tu kita ley add-on benda apa yang kita nak. Macam-macam benda yang kita ley add-on dalam aisy tu. Tokmiyah ni, dia adik-beradik Subway gak la, kita ley add-on macam-macam cuma Subway ni abang, Tokmiyah ni lak adik.

Aisy ni, dia ada dua jenis.
Jenis pertama, orang panggil Aisy Balady. Jenis Kedua, Aisy Syami.

Aisy Balady ni, besaq dan kasaq. Dia lak sedap makan time panas-panas ja sebab time tu ja la roti tu lembut, sedap nak makan. Kalu da keras tu, kita baling kat anjing pun, boleh cedera parah tau. Kalu nak makan tokmiyah, aku syorkan makan dengan Aisy Balady la sebab dia besaq. So puas gak la, ley add-on banyak sikit bahan dalam tu.

Aisy Balady
sumber : google images
Aisy Syami ni, kecik dan lembut. Dia panas ka, sejuk ka sedap ja makan. Kalu dia sejuk pun, kita ley makan lagi. Cicah dengan sambal ayam ka, gulai daging ka sambil pekena syaii lak, dengaq lagu Arab, lentok kepala sikit layan lagu. Allah, nikmatnya dunia tapi kalu aisy ni nak makan dengan tokmiyah, tak best sangat sebab dia kecik. Nak add-on barang dalam pun, sikit ja la yang boleh pun.

Falafel
sumber : google images
Ada setengah orang, tak lalu nak makan tokmiyah ni. Taktau la pasepa tapi bagi aku, sedap dan murah tokmiyah ni. Rugi sapa yang tak makan tapi senior aku ada duk pesan, jangan makan banyak sangat sebab tak elok. Taktau la tak elok kat mana tapi sebagai langkah berjaga-jaga, aku terpaksa kurangkan makan tokmiyah ni. Tidak tu, tiap pagi pi caqi da tokmiyah ni tapi la ni jarang da.

Tokmiyah + Sawabek + Bazinjan
Sapa-sapa yang nak mai berjalan Mesir ka, takpun yang baru mai study kat Mesir ni. Cuba try makan tokmiyah, mesti akan teringat punya benda ni bila balik Malaysia.

Jumpa lagi lepas ni dalam slot, All About Egypt di marzuq-azizan.blogspot.com.

R.I.N.D.U
M.A.K & A.Y.A.H

- sekian, wassalam -

Al-Azhar Mosque, Cairo,
Egypt

Mintak Maaf

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu, 25 Oktober 2014

Sebenarnya aku takdak idea nak menulis ni tapi tadi time tengah scroll pic kat dalam handset, nampak satu pic ni. Time tu la idea celapak tergolek-golek mai kat aku, so baru la aku buat entry Mintak Maaf ni time pagi Tahun Baru Hijrah.

>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<

Hari ni Tahun Baru Hijrah, kita da masuk 1436H da pun. Masing-masing makin bertambah setahun umoq, termasuk la aku. Bila sebut sai Awal Muharram ni, kat fb, twitter, whatsapp, wechat dan geng-geng dia mesti ada mesej-mesej,

"Bila tiba Awal Muharram ni, buku amalan diangkat ke langit dan ditukar dengan buku amalan baru. Jadi kesempatan ni, saya nak mintak maaf andai ada salah silap sepanjang setahun ni. Halal makan minum, andai ada terkasar bahasa mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki"

Aku tak tau la sai buku amalan diangkat dan ditukar baru tu mai dari mana tapi aku cuma pelik, awat bila ada peristiwa apa-apa baru kita nak mintak maaf?

' Kalu ada salah dengan orang, pi mintak maaf teruih. Tak payah duk tunggu Raya baru nak mintak maaf. Kita taktau bila orang tu nak mati, buatnya orang tu mati awai dari kita, dia lak takdan nak maafkan kita. Cena? Nak ka hadap dia depan Allah nanti? '

- Puan Yati; Mak -

Bila aku dengaq ayat ni, sentap gak aku pun sebab bagi aku da jadi macam satu trend lak mintak maaf time Hari Raya ja, tak pun time awal Muharram ja, tak pun time orang tu nazak nak mati. 

Sumber : twitter

Cuba kita ubah mindset kita, bila ada salah dengan orang ja. Teruih pi mintak maaf, tak payah nak tunggu malam raya baru kita mesej suma orang mintak maaf. Walaupun benda tu tak salah tapi kita sama-sama cuba cara baru. Ada salah, teruih mintak maaf sebab kalu simpan lama-lama nanti dia terasa lebih ka, kita taktau benda tu sebab berkait dengan hati. Hati orang lain-lain kan? Da la Raya 2 kali ja setahun, tu pun jarak jauh-jauh. Takdan nanti, naya kita.

Mungkin bagi kita sikit ja apa yang kita cakap atau apa yang kita buat kat orang tu tapi orang yang menerima percakapan or tindakan kita mungkin rasa banyak, kita tak tau kan? Sama-sama kita cuba dan sama-sama kita ubah.

Bila nak abes entry ni, baru pasan entry ni da macam sambungan entry LIDAH dan MULUT la plak, jadi bagi sapa yang tak baca lagi, ley KLIK SINI untuk baca.

Tahun Baru Hijrah kan? Jadi sama-sama kita amek peluang ni, muhasabah diri kita balik dan sama-sama berhijrah dari benda yang tak elok ke benda yang lebih elok.

S.A.L.A.M
M.A.A.L H.I.J.R.A.H
1436 H

- sekian, wassalam -

El-Darb Al-Ahmar, Cairo,
Egypt

Lidah dan Mulut

Assalamualaikum w.b.t

Selasa, 30 September 2014


Baru ni time duk scroll TL Twitter, aku nampak satu twit pic kat 9gag.com. Twit tu best gila bagi aku sebab ada mesej yang tersendiri tapi mesej tu, aku da pernah dengaq dalam rancangan Fattabiouni sebelum ni kat TV Al-Hijrah pukul 8pagi cuma dalam versi Sirah Nabi Muhammad S.A.W. Jadi untuk entry ni, insyaallah aku kongsi mesej tu.

>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<

Pada suatu hari, sedang Rasulullah S.A.W berjalan di suatu kawasan. Baginda terpandang kepada suatu lubang yang kecil. Kemudian, Baginda terkejut kerana melihat ada sesuatu yang besar sedang cuba hendak keluar dari lubang yang kecil tu.

Baginda memerhatikan peristiwa itu dengan penuh persoalan. Tidak lama kemudian, dari lubang tu terkeluar la sekoq lembu jantan yang sangat besar. Lembu itu kemudiannya merayau-rayau sebentar sebelum cuba hendak masuk kembali ke dalam lubang tersebut namun percubaan lembu tersebut tidak berjaya.

Lantas
Nabi Muhammad S.A.W bertanya kepada Jibrail A.S,

' Wahai Jibrail, apa yang kita sedang perhatikan? '

Jibrail A.S menjawab, 

' Wahai Muhammad Utusan Allah, lubang itu diibaratkan seperti mulut manakala lembu itu diibaratkan kepada kata-kata yang keluar dari mulut. Mulut itu sangat kecil namun kata-kata itu sangat besar sehingga jika kita hendak tarik balik kata-kata yang telah keluar dari mulut kita, mustahil untuk kita menariknya kembali kerana ianya telah tersebar '

- Sirah Nabi S.A.W -


Pernah tak terlintas di hati atau minda kita, kesan dari kata-kata kita mungkin membuat seseorang tu terluka untuk satu jangka masa yang lama? atau kita cuma cakap dan cakap dan cakap sampai orang tu teriak, baru kita berhenti sebab baru terlintas dalam fikiran kita, 'mungkin' dia teriak sebab terasa?

' Hurting someone's heart can be as easy as throwing a stone in the sea.
but
Do you have any idea how deep that stone can go? '

- Anonymous -

Bagi aku tak salah untuk jadi seorang yang talkative tapi sebelum kita mulakan suatu bicara, fikir dulu apakah kata-kata kita membawa manfaat atau cuma mengundang dosa?

' Dari duk cakap bagi sakit hati orang, lebih baik diam. Zikir ka, selawat ka, dapat gak pahala dari bukak mulut, dapat dosa '

- Cikgu Azizan; Ayah -

Mari kita sama-sama muhasabah balik diri dan sama-sama ubah diri kita ke arah menjadi MUSLIM yang lebih baik insyaallah.


Sumber : 9gag.com 
R.I.N.D.U
M.A.K & A.Y.A.H

- sekian, wassalam -

El-Darb Al-Ahmar, Cairo,
Egypt

Hati dan Cinta

Assalamualaikum w.b.t

Rabu, 25 Jun 2014

Petang tadi tengah duk scroll timeline fb, ternampak satu post di page Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman pasai perbezaan 'jatuh cinta' antara laki dengan pempuan ni. Ayat dia simple sangat dan orang boleh faham dengan mudah tapi untuk entry ni aku edit tambah sikit-sikit la. Kalu nak tengok yang original, boley baca di page Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman.

>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<

Dari 'perkataan' jatuh ke hati itu,
WANITA
mudah terpesona dengan ayat-ayat yang didengarinya dan dibacanya. Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap insan bernama lelaki



Dari 'pandangan' jatuh ke hati itu,
LELAKI
mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya. Akibatnya kerap terkeliru antara indah hakiki dan palsu duniawi yang sementara ini.

Justeru, wanita perlu 
LEBIH 

berhati-hati membaca dan mendengar perkataan 'indah' yang didengarinya (selain turut menjaga pandangannya).


Justeru,
lelaki perlu LEBIH menjaga pandangannya. Ia sumber kepada maksiat berikutnya.

- Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman -

Bagi aku, benda ni sangat perlu di titik beratkan sebab remaja zaman sekarang banyak yang 'hanyut' dek Cinta sampai ada yang sanggup pinggirkan keluarga atas nama 'CINTA'. Suatu tindakan yang tersangatlah kurang 'cerdik' kalu dipikirkan dengan logik akal. 

Sanggup tinggalkan Mak & Ayah yang sanggup berkorban apa saja untuk kita demi 'pasangan cinta' yang belum tentu berkorban buat diri kita? Buat remaja yang ada di luar sana, pikirlah dahulu tindakan kita sebelum menyesal kemudian hari. Sayangilah mak dan ayah kita sebelum kita sayang akan 'pasangan cinta' kita.

Jangan kau pandang bibir yang manis,
kerna dia bisa menghancurkan.

Jangan kau pandang wajah yang indah,
kerna dia bisa meracunmu.

- Papa Rock, Ramlee Sarep -

R.I.N.D.U
M.E.S.I.R

-sekian, wassalam-


Fasa 5, Bujang,
Malaysia

Kenangan Itu Indah

Assalamualaikum w.b.t

Isnin, 10 Mac 2014 

Aku selalu guna hashtag #KenanganItuIndah di fb, twitter, dan instagram berbanding dengan #Throwback sebab nampak power sikit. Jadi untuk entry kali ni pun, aku guna tajuk Kenangan Itu Indah untuk bagi nampak power dan rare tapi kalau ada orang lain guna gak, tak power dan rare da la.

>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<

Alhamdulillah, 6 Mac 2014 baru ni kami JASA 2010 (Jam'iah Thalis Thanawi 2010) ada buat Liqa' JASA 2010 versi Bumi Anbiya' kot kawasan Kaherah ni.

Bunga Kebangsaan Malaysia
 Liqa' ni kami panggil, Hadiqah to Qal'ah.

JASA 2010 ada 15orang semuanya tapi yang di Mesir cuma ada 7orang. Baki; 1orang di Jordan dan selebihnya di Malaysia tapi yang aku sebut ni semua laki la. Pempuan tak ingat la ada berapa~

Luqman, Syazlan, Naeem, Marzuq, Syarifuddin dan Sholiheen
Liqa' yang kami buat ni sebenarnya untuk eratkan lagi ukhuwwah yang dah memang terjalin sejak awai SMiDU lagi. Ada yang aku kenai dari Form 1 sampai la ke Universiti. Lama kan? Insyaallah ukhuwwah ni akan berkekalan sampai ke Syurga. Amin~

Hadiqah Azhar
Bagi JASA 2010, Liqa' ni macam aktiviti tahunan la sebab bukan selalu nak berhimpun ramai-ramai kan? Time Liqa' ni la kita boley jumpa balik ramai-ramai, buat aktiviti sama-sama kan? Insyaallah lepas ni JASA 2010 versi Bumi Anbiya' akan buat lagi Liqa'.

Tasik dalam Hadiqah Azhar
Aktiviti Liqa' JASA 2010 versi Bumi Anbiya' ni kami mula dari Hadiqah Azhar lepas tu ke Qal'ah dan malam tu jugak kami tidoq di rumah salah sorang Ahli JASA 2010. Padat gak aktiviti kami hari tu, semoga Allah berkati Liqa' kami. Amin~
Hadiqah Azhar
- Hadiqah to Qal'ah -

depan Masjid Nasir Hamdan Qalawuun bersama Presiden JASA 2010
Hadiqah ni sebenarnya perkataan Arab, maksud dia Taman. Jadi Hadiqah Azhar, maksud dia Taman Azhar la. Hadiqah ni besaq gila dan best gila. Lagipun sekarang ni da masuk penghujung musim sejuk da jadi cuaca pun tak la sejuk sangat, tak la panas sangat. Sesuai sangat nak mai jalan-jalan time camni dengan family.
Tempat Wudhu' dalam Masjid Ali Basya, Qal'ah
Qal'ah ni pun dari perkataan Arab gak. Maksud dia Kubu / Benteng Pertahanan. Qal'ah ni aku taktau la dari zaman Salahuddin Ayyubi atau zaman sebelum tu lagi tapi apapun, Qal'ah ni sangat-sangat besaq. Besaq gedabak orang Kedah kata.

Depan Mimbar Masjid Qalawuun, Qal'ah
Qal'ah yang ada la ni pun, tak sempurna da. Ada bahagian yang da runtuh, ada bahagian yang terbiaq camtu ja dan yang ada la ni, depa buat Muzium Pertahanan dah tapi kesan-kesan sejarah tu kita ley tengok lagi insyaallah.
1 SMiDU di Qal'ah
Jumpa lagi dalam Liqa' JASA 2010 versi Bumi Anbiya' insyaallah!

Qal'ah
H.A.D.I.Q.A.H.
to
Q.A.L.'.A.H

- sekian, wassalam -

El-Darb Al-Ahmar, Cairo,
Egypt