pengikut

Ustad ka Ustaz?

Assalamualaikum w.b.t

Ahad, 2 November 2014

Untuk entry kali ni, aku ambik kalam dari guru Nahu aku di Muassasah Darul Ulum dulu, Ustaz Nazrul Nasir di post fb beliau. Post dia pendek ja tapi sangat bermakna sebab tak ramai yang tau sai benda yang dia sampaikan ni. Aku pun baru tau, lepas ustaz update di wall fb. Kalau ampa nak baca yang original, boleh tengok di fb Ustaz Nazrul Nasir sebab untuk entry ni aku ada tambah sikit-sikit.

>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<

Al-Imam Muhammad bin Allan Al-Siddiqiy Al-Syafie Al-Asya'ary Al-Makki Rahimahullah (wafat 1057 H) mengatakan di dalam kitabnya :

 Al-Futuhat Al-Rabbaniyyah a'la Al-Azkar al-Nawawiyah

Gelaran al-Ustaz ( dengan huruf dzal ) adalah dikhususkan untuk orang yang berkecimpung di dalam bidang agama.

Manakala al-Ustad ( dengan huruf dal ) adalah untuk orang pakar di dalam urusan selain agama.

Maka selepas ni betulkan sebutan. Jika menyebut pada guru-guru kita maka sebut Al-Ustaz bukan Ustad.

- Ustaz Nazrul Nasir -

Sebenarnya ramai yang taktau pasai perbezaan penggunaan USTAZ & USTAD ni. Ramai ingat USTAZ ni guna loghat ala-ala Arab sikit, USTAD lak guna loghat ala-ala Melayu. Jadi sebab kita orang Melayu, guna la panggilan USTAD.

Kebanyakkan yang guna Ustad untuk guru Quran dan guru agama ni budak-budak la yang aku duk perhati tapi ada ja orang tua-tua guna tapi takpa la, moga dengan entry ni kita sama-sama ubah panggilan USTAD ke USTAZ bagi guru-guru yang mengajaq agama dan guna panggilan USTAD untuk guru-guru yang mengajaq akademik.

R.I.N.D.U
M.A.K & A.Y.A.H

- sekian, wassalam -

El-Darb Al-Ahmar, Cairo,
Egypt

No comments:

Post a Comment