pengikut

Persediaan ke Mesir

Assalamualaikum w.b.t

Ahad, 27 Oktober 2013

Insyaallah malam ni aku nak kongsi sikit la persiapan sebelum nak mai Mesir ni tapi boleh ja lau nak guna untuk pi negara lain pun. Da aku study di Mesir, aku tulis Mesir la. Benda ni cuma persediaan awal dari segi makanan ja. Kalau rasa nak tambah, boleh ja tambah. Ikut diri masing-masing.

1. Ikan Bilis

sumber : google
Ikan Bilis ni penting. Takdak Ikan Bilis payah gak sebab sesak-sesak hujung bulan, boleh ja makan nasik + kicap + ikan bilis. Benda ni bawak la dalam 1kg sorang pun da ok tapi pakat-pakat la dengan housemate, baru boleh dapat banyak bekalan ikan bilis ni. Lagi banyak, lagi bagus sebab benda ni tahan lama.

2. Kicap

sumber : google
Kicap ni benda paling penting dalam benda-benda yang lain. Takdak kicap, jenuh gak la sebab kat sini takdak jual kicap. Kalau ada pun, pelajar Nusantara (Indon, Melayu, Cina, Thailand) ja yang juai tapi mahai sikit la dari harga di Malaysia. Ready la dalam 2botol ka sorang, terpulang la. Pakat-pakat dengan ahli rumah yang lain sama. Baru ada bekalan kicap yang mencukupi untuk 8bulan kat sini.

3. Bihun

sumber : google
Kat sini takdak Bihun, yang ada cuma Spagethi ja. Spagethi apa yang ang nak, suma ada kot sini. Bekalan spagethi jangan risau tapi bekalan bihun kena risau sebab takdak bihun, kelupoq la ampa takley nak makan bihun sup. Yang ni bawak banyak takpa sebab tempoh expired dia panjang. Dalam 5 bungkus sorang pun ok dah.

4. Sup Bunjut, Pes Masakan

sumber : google
Sup Bunjut ni berguna gak time raya Qurban kot sini. Ley la nak buat sup daging ka apa ka. Beli la dalam 1papan tu, lepas tu Pes masakan tu, 1papan gak setiap jenis. Pes tomyam, nasi goreng, sup sayur dan lain-lain. Jangan lupa perencah Kurma Ayam Daging, Kari Ikan, Gulai Ayam Daging semua tu, bawak la dalam 1kotak atau 1dozen. Terpulang la sebab kat sini takdak jadi benda ni penting gak la sebab nanti nak masak takdak bahan lak.

5. Daun-daun

sumber: google
Daun-daun ni, daun-daun yang orang duk pakai dalam masakan tu. Macam daun kari, daun kunyit, daun pandan, limau purut dan daun-daun yang lain. Sini takdak rasanya tapi hari tu nampak la gak daun limau purut d Souq tu, daun-daun yang lain wallahua'lam. Apapun, beli pi la sebagai persediaan nanti nak masak tomyam ka, kari ka, apa ka. Bila beli ja benda ni, bagi kering dulu takot rosak lak daun-daun ni nanti. Da kering, simpan dalam plastik, sealed elok-elok. Nanti da sampai Mesir, bawak kuaq simpan terus dalam peti ais.

6. Ikan Kering

sumber : google
Haa, benda ni bagi aku benda paling penting. Takdak ni, susah gak sebab di Mesir ni ikan kering depa pelik sikit. Nak habaq macam mana pun taktau tapi memang pelik la. Dengan bau dia Ya Rabbi, tak tergambar dengan kata-kata. Ikan kering bawak la Ikan Tamban ka Ikan Talang ka Ikan Gelama ka, terpulang la tapi kalau aku pakat dengan housemate, ley dapat macam-macam jenis sikit ikan kering ni.

7. Sos-Sos

sumber : google
Orang Arab mesir ni, depa tak makan pedas. Satgi kalau makanan tu pedas sangat, mula muka naik merah habis. Sebab tu payah nak jumpa sos cili di Supermarket Arab ni, yang banyak sos tomato ja. Sos ni bawak la Sos Tiram, Sos Mee, Sos Cili, lepas tu sos-sos yang rasa ada juai d Malaysia tu, bawak mai. Kuantiti tu, bawak la dalam 2botol setiap jenis.

8. Belacan

sumber : google
Belacan ni penting gila. Benda ni takdak, susah gak sebab bukannya nak ada kot sini. Bawak banyak pun takpa, tak rugi sebab boleh simpan dalam peti ais. Tak Melayu la kalau tak makan sambal belacan. Jadi, jangan lupa belacan.

9. Milo, Horlicks

sumber : google
Milo, Horlicks kat sini takdak. Air koko ada la tapi tu pun tak sedap sangat. Beli la yang pek besaq ataupun Milo 3in1 tu. Takdak benda ni, merana gak la. Tengah malam bangun study takdak Milo, payah gak nak sengkang mata. Tu bagi aku la sebab aku tak minum kopi, Milo pun da cukup untuk sengkang mata ni jaga tengah malam untuk study.

10. Sirap, Oren, Sarsi

sumber : google
Sirap dengan Sarsi takdak kat sini tapi Oren ada cuma oren kat sini tak semacam dengan Oren Sunquick di Malaysia tu. Sini serbuk oren, bancuh dengan air gula ja. Rasa pun tak berapa sedap sangat. Kalau rasa nak bawak, bawak la dalam sebotol besaq tu ka tapi sealed elok-elok la. Benda tu kaca, bahaya gak sebab takot pecah. Pecah tu, naya la. Oren tak dapat, baju habis kotor. Sarsi, Sirap dalam botol plastik ja jadi bawak banyak sikit pun takpa.

-TAMAT-

Benda-benda ni semua, seeloknya letak dalam satu beg kecik untuk letak atas cabin. Kira hand-luggage la benda-benda ni semua. Bukan apa sebab takot letak cargo, pecah ka, bocor ka nanti habis baju, barang-barang lain dalam beg tu.

sumber : google
Pekerja cargo ni mana ada nak heran da sebab bukan beg kita ja dia handle. Banyak lagi beg depa handle jadi berhati-hati la. Benda liquid atau benda yang berbau tu macam belacan tu kita sealed elok-elok lepas tu letak dalam plastik. Takda la nak berbau cabin tu nanti. Buat double check-list, takot ada barang tertinggal ka apa ka. Jadi takdak la nak kalut bila nak check-in bag tu.

- sekian, wassalam -

El-Darb Al-Ahmar, Cairo,
Egypt

Kahwin Muda ka Kahwin Tua?

Assalamualaikum w.b.t

Khamis, 24 Oktober 2013

Aish, Marzuq ni tak abes-abes cakap pasai kawen. kat twitter tuit sai kawen, wechat pun sai kawen, facebook sai kawen, ni kat blog pun pasai kawen gak? Marzuq nak kawen lettuuee.

Sapa takmau kawen woi? Ulama' kata, kawen ni nikmat dalam dunia paling best. Haa, tak payah duk pikiaq bukan-bukan lak nikmat apa. Lepas kawen ampa rasa la sendiqi. Aku nak habaq pun taktau sebab aku tak kawen lagi tapi lau aku da kawen sekalipun, aku tak habaq rasanya. Loklaq, ee!!!

Dalam entry Marzuq, bila nak kawen? aku ada cerita waktu mula aku sampai Malaysia lepas 7bulan di perantaun, soalan pertama terpa mai kat telinga sai kawen la. Time aku bercuti pun, ramai orang duk tanya aku pasai kawen. Siap ada yang soh kawen cepat sebab aku nampak cam bapak orang da haa.

Amboi, aku muda lagi la pakcik. Badan bergetah lagi orang kata. Muka pun tegang lagi ni. Tak nampak lagi la tanda-tanda penuaan di wajah aku. Kulit pun halus mulus gebu lagi. Haa, punya nak habaq kata muda lagi.

bukti kata muda lagi
Time cuti hari tu, aku selalu spend masa dengan mak dengan ayah aku. Da aku ada kat rumah, aku jadi drebar tak bertauliah gak la untuk depa. Takpa, khidmat kat mak ayah kita, bila lagi naik buat kan? Da la balik rumah pun setahun sekali ja. Tu pun abes kuat 3bulan, lepas tu berjauhan lak. Nanti bila da ada anak bini takot takdak masa lak, kalut dengan keja la, anak la, macam-macam lagi la.

drebar berhemah bersama kereta kesayangan
Ayah aku salu gak cakap sai kawen ni. Sampai kadang-kadang tu aku jadi malu gak la. Bukan sebab apa tapi sebab aku muda lagi, matang pun tak lagi kot. Pangai budak-budak tu kira banyak lagi la ada dalam diri aku ni. Cakap sai kawen lak, jadi merah padam muka aku.

'ayah kalau boleh nak abang kawen sebelum ayah pencen. bila da pencen, takdak la sunyi sangat rumah nanti. Ley la ayah main dengan cucu ayah nanti'

Lepas tu lak, mak aku pun duk cakap benda yang sama gak tapi mak aku takla direct sangat cam ayah aku ni. Ayah aku ni straight to the point ja, xdak nak cover-cover da ayat tu.

Mak aku habaq, ada anak membe dia kawen da. Baru umoq 22 ja, laki dia tu taktau la umoq berapa tapi muda gak la. Kawan mak aku tu sama umoq ja dengan mak aku, aku pun angguk ja la sebab tengah bawak keta kan time tu. Depa kawen time tengah belajaq lagi. Sweet kan?

Lepas tu mak aku habaq, dia seronok kalau ada budak kat rumah. Takla sunyi sangat sebab kami suma da pakat ngaji jauh-jauh da. Balik rumah pun jarang-jarang lepas tu lak adik aku tinggal 3 yang last ja kat rumah, sorang tu setaun lagi masuk hostel da. Sorang lagi tu, lagi 2taun. Lepas tu tinggai yang bongsu ja la, kosong terus rumah suma pakat kuaq ngaji.

Ahh, sudah! mak nak aku kawen ka? Aku pun tanya la dengan penuh berhati-hati dan penuh hormat.

'mak nak cucu ka?'

'haa la, sapa yang takmau cucu? orang len umoq mak ni da ada cucu berceretet dah. Mak ja takdak cucu lagi. Tak kesian kat mak ka?'

lepas tu aku senyap ja la. Kena setempek kot daii tu mau tak senyap. Sapa soh cari pasai sangat, padan muka. Sampai ja kot kawasan Yan, nampak umah arwah maktok aku, mak tanya;

'abang, kalau abang kawen nak tak buat kat umah maktok?'

aku pun habaq,

'kalau mak nak abang tak kisah pun'

Baik tak aku? Mak aku pernah habaq kat aku;

'zaman la ni macam-macam benda pelik ada. Maksiat pulak macam-macam jenis da ada, mak takot gak anak-anak mak ni. Walaupun suma pakat ngaji agama tapi bila bab nafsu ni, orang ngaji ni salu terkandas dulu sebab syaitan da aim lama'

- Mak -

renungan

Aku pun pikiaq, betoi gak apa yang mak aku cakap ni sebab ustaz aku pernah cakap,

'Orang ngaji agama ni, bukan Setan pangkat prebet yang mai hasut kita tapi nuu yang jenis ada paku kot kepala bahu, jenis ada bintang kot dada tu. Yang tu la mai hasut kita.'

- Ustaz Haji Mat Ayob -
Mantan Mudir Sekolah Menengah Islam Darul Ulum

Jadi lepas kami balik, aku habaq kat mak aku insyaallah aku kawen bila aku da ready. Mak pun senyum ja la. Abes tu takkan nak melompat riang kot kan? Agak-agak la sama. tapi aku habaq mak aku, 

'Mak, kalau boleh abang nak buat d Dewan Besar UiTM Merbok atau Dewan MRSM Merbok tu sebab rumah kita kan di hujung jalan. Depan rumah tu muat 4bijik khemah ja, keta lak takdak ruang nak parking nanti'

Mak pun ok ja bila aku cakap camtu. Anak sulong nak kawen bhai, memang la mak ayah happy. Sapa yang tak happy kan? Nanti da dapat cucu, lagi la happy.

Calon dia sapa? haa, bak kata CTDK; biarlah rahsia~

Insyaallah, nanti aku nak kawen aku habaq la. Nenek aku pun habaq kalau aku kawen, dia soh buat sekali kenduri di rumah Kuantan tu. Kira 2 negeri gak la, Kedah dan Pahang.

Insyaallah, 3tahun lagi kot aku kawen. Doa-doa la noh, hee~

sama-sama kita doa

- sekian, wassalam -

Ed-Darb Al-Ahmar, Cairo,
Egypt