Assalamualaikum w.b.t
Isnin, 10 Mac 2014
Aku selalu guna hashtag #KenanganItuIndah di fb, twitter, dan instagram berbanding dengan #Throwback sebab nampak power sikit. Jadi untuk entry kali ni pun, aku guna tajuk Kenangan Itu Indah untuk bagi nampak power dan rare tapi kalau ada orang lain guna gak, tak power dan rare da la.
>>> BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM <<<
Alhamdulillah, 6 Mac 2014 baru ni kami JASA 2010 (Jam'iah Thalis Thanawi 2010) ada buat Liqa' JASA 2010 versi Bumi Anbiya' kot kawasan Kaherah ni.
Liqa' ni kami panggil, Hadiqah to Qal'ah.
JASA 2010 ada 15orang semuanya tapi yang di Mesir cuma ada 7orang. Baki; 1orang di Jordan dan selebihnya di Malaysia tapi yang aku sebut ni semua laki la. Pempuan tak ingat la ada berapa~
Luqman, Syazlan, Naeem, Marzuq, Syarifuddin dan Sholiheen |
Liqa' yang kami buat ni sebenarnya untuk eratkan lagi ukhuwwah yang dah memang
terjalin sejak awai SMiDU lagi. Ada yang
aku kenai dari Form 1 sampai la ke Universiti. Lama kan? Insyaallah
ukhuwwah ni akan berkekalan sampai ke Syurga. Amin~
Bagi
JASA 2010, Liqa' ni macam aktiviti tahunan la sebab bukan selalu nak
berhimpun ramai-ramai kan? Time Liqa' ni la kita boley jumpa balik
ramai-ramai, buat aktiviti sama-sama kan? Insyaallah lepas ni JASA 2010 versi Bumi Anbiya' akan buat lagi Liqa'.
Aktiviti Liqa' JASA 2010 versi Bumi Anbiya' ni kami mula dari Hadiqah Azhar lepas tu ke Qal'ah dan malam tu jugak kami tidoq di rumah salah sorang Ahli JASA 2010. Padat gak aktiviti kami hari tu, semoga Allah berkati Liqa' kami. Amin~
- Hadiqah to Qal'ah -
Hadiqah ni sebenarnya perkataan Arab, maksud dia Taman. Jadi Hadiqah Azhar, maksud dia Taman Azhar la. Hadiqah ni besaq gila dan best gila. Lagipun sekarang ni da masuk penghujung musim sejuk da jadi cuaca pun tak la sejuk sangat, tak la panas sangat. Sesuai sangat nak mai jalan-jalan time camni dengan family.
depan Masjid Nasir Hamdan Qalawuun bersama Presiden JASA 2010 |
Tempat Wudhu' dalam Masjid Ali Basya, Qal'ah |
Depan Mimbar Masjid Qalawuun, Qal'ah |
Qal'ah yang ada la ni pun, tak sempurna da. Ada bahagian yang da runtuh, ada bahagian yang terbiaq camtu ja dan yang ada la ni, depa buat Muzium Pertahanan dah tapi kesan-kesan sejarah tu kita ley tengok lagi insyaallah.
Jumpa lagi dalam Liqa' JASA 2010 versi Bumi Anbiya' insyaallah!
H.A.D.I.Q.A.H.
to
Q.A.L.'.A.H
to
Q.A.L.'.A.H
- sekian, wassalam -
El-Darb Al-Ahmar, Cairo,
Egypt
Egypt